Saturday, January 10, 2015

Ada Apa Dengan Sabtu?

Salam...

Owh nampaknya tahun 2015 ni bakal mewujudkan stress jugak pada LM. Aha... Apa kes?

Ye la..si anak dara nak ambik UPSR, makanya ummi pun tumpang stress, dan.. Tuisyen anak bertiga tu pada sabtu pagi.. Wahahaha... Gelak dalam tangisan tau!!

Takda jalan2 pagi sabtu, tiada kisah nak balik kampung ke apa okey!! Mereka bertiga tuisyen setiap khamis mlm dan sabtu pagi, sobsss

Makanya, dari pagi memerapkan diri di rumah. Kebetulan akak cleaner ada urusan pagi semalam, maka dia datang pagi ni ganti kerja semalam. Habis kerja jam 12 terus ambil anak tuisyen dan lepas tu terus ke majlis perkahwinan sahabat blogger kita cik pija merangkap jiran i sejak dua tahun lebih ni.

"Tahniah yang.. Moga bahagia hingga ke jannah bersama suami tersayang."

Di sebab kan ibu hamil ni dah sarat sangat, mana mampu nak tahan gesaan ke tandas tiap 30 minit tu.. Maka lepas saja cik pija aka pengantin berarak terus LM cabut balik.

Siyes.. Pengantin sangat cantik!!!. Tadi nampak kawan lama juga, bawa baby lagi tu.. Tahniah dik.. Comey baby. Tapi tak dapat nak tegur sebab takut ganggu dia dan suami dia makan ditambah pula takut salah orang. LM pun rasa dia tak cam LM kot sebab lalu banyak kali depan dia tak nampak macam dia cam LM pun.. Maybe silap orang..

Ada apa dengan sabtu??

Hurmm mood hepi dapat makan nasi minyak yang sedap, lama betul tak makan lauk kenduri yang best. Selalunya lauk mesti tak ngam dengan tekak:(

Lagi satu..lepas solat zuhur ni nak kena gi beli selipar dan stokin juga untuk ke spital masa bersalin nanti sebab, akak cleaner/ part time maid LM dah tegur katanya perut dah jatuh. Dia kan bidan.. Memang mengurut orang bersalin kat sini, so dia tau lah kot situasi perut jatuh ke perut naik ke ni..

Mujur lah dia kerja ngan LM, kalau tak lama dah mintak dia urut2 sket.. Bela2 sket perut ni. Tapi.. Takmo la. segan pula sebab jumpa hari2 kan.. Hehehehe

Hari nak hujan.. Bestnya kalau panas sampai ke petang. Boleh bbq tepi rumah sambil makan tanpa rasa bersalah. Aummmm


www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kena standbylah ni, anytime dah nak kena pergi hospital :)

Bercakap pasal kenduri kahwin, lama sungguh saya tak dapat jemputan. Eh, rakan sebaya anak-anak kecil lagi. Saudara-mara macam takda anak lagi ke nak kahwin agaknya. Miss nasi minyak teramat juga nih! Tak sama beli kedai dengan makan kat kenduri kahwin kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...