Sunday, January 4, 2015

Barang Kelengkapan Yang Perlu Dibawa Ke Hospital Sebelum Bersalin

Assalamualaikum...

Sambil- sambil mengemas beg baju untuk pergi holiday,ops untuk persiapan ke hospital nanti sambil layan tetiba datang contraction sket2.. Kejap ada kejap hilang( macam main aum cak je), meh nak share apa barang yang perlu kita sumbat dalam beg 'holiday' tu nanti ye..😊

1.Buku merah- tak kiralah dari klinik kerajaan atau swasta



Haaa camni..

2.kain batik
-3 /4 helai cukup la.. Tapi kalau korang jenia sakit lama duduk berhari- hari kat spital baik lah bawa lebih. Atau.. Kalau korang turun air/kembar air.. Memang 5 helai tak cukup walau tiga jam je duk spital sebelum bersalin.

3.baju- biasanya blouse berbutang mudah untuk menyusukan baby nanti . Bawa t- shirt pun okey je..

4. Nursing bra
- mudah nak menyusukan baby, buka je klip dia ..

5. Seluar dalam-

6.Nursing Pads( untuk halang susu yang mengalir dari membasahkan baju kita..)
- ini terpulang.. Kalau jenis baby lahir susu pun takda tak payah la bawa. Kalau LM, benda ni memang wajib bawa

7.maternity pad( pihak spital bagi biasanya, siap bagi bawak balik dua tiga bungkus lagi)

8.Bengkung- biasanya pakai masa nak balik rumah( tak la bergegar perut tu kan..)

9.tudung sarung(2 helai)

10.stokin

11.selipar( kalau boleh selipar jepun, mudah nak bawa mandi ke apa ke.. Takkan nak bawa kasut kulit mandi masa kat spital kot)

12.sweater( untuk guna lepas bersalin)

13. Towel mandi- biasanya pihak hospital bagi, tapi LM bawa je sendiri punya.

14. Toiletteries( biasanya pihak hospital bekalkan, tapi nak selesa bawalah sendiri punya. Mesti korang nak pakai pencuci muka bagai tu kan..)

15.bakul (susu anmum, milo, mug, termos, sudu,roti)
- untuk korang alas perut sebelum atau selepas bersalin. Manalah tau lapar ke apa sebelum tiba waktu dihidang makanan, bancuh la minuman korang sendiri.

16. Pil Salindah no 6.
- sebab LM makan ubat homeopaty ni sejak awal hamil maka memang kenalah bawa set no.6 ni. Ia untuk kurangkan rasa sakit masa nak bersalin. Cuma kemam je. Biasanya ikut pengalaman lepas sampai bukaan 5-6 cm kita akan rasa kebas dari pinggang ke kaki. Tak sakit lagi lah maksudnya..



Haaa ni lah benda yang wajib ada dalam beg holiday LM nanti. Ops stokin baru dan selipar baru lum ada.. Kalau tak sempat beli pakai je lah yang lama (takda bau kedai. Ekeke)

Ni barang yang LM rasa perlu bawa, kalau korang rasa ada barang lain lagi yang perlu bawa seperti tunggu moden ke apa ke silalah bawa..


www.tips-fb.com

3 comments:

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

Dah tak lama tu kak. Moga selamat semuanya. :)

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Baca entry ni buat saya rasa macam saya pulak nak kena pi bersalin..hhahah...letih nya bila ingat balik..elekkekekek

Mummydearie said...Reply To This Comment

Masa saya dulu, LM tak standby pun. Main masuk apa dapat dalam beg. Itu yang kali pertama sampaikan baju anak pun tertinggal kat rumah! Okeylah, takda pengalaman dan tak pergi mencari pengalaman tu. Kali kedua, memang kena bawa diri admit ke hospital makanya beg siapkan malam sebelum ke hospital. Memang confident sangat macam tau je bila nak bersalin, tak standby apa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...