Tuesday, January 20, 2015

Biar Allah Yang Atur- Tapi...

Assalamualaikum...

Sungguh...
Hati ni memang tak mampu nak fikir lebih jauh. Memang tak mau fikir sangat tapi tetap juga kena fikir. Runsing jadinya..

Terdetik di hati, andai kata LM sakit pagi time putera puteri ni ke sekolah apa yang perlu LM buat? Andai kata keluar tanda sah- sah tak boleh gerak banyak dah terutama jika pecah ketuban. Gerak sikit je air menderu mengalir..

Mana perlu diambil dulu dari sekolah? Rasaya syafiq lah kot.. Kalau waktu tu dah dekat nak balik sekolah boleh la terus minta ayahnya ambik kakak dan acha sekali supaya tidak lah bas hantar nanti grill rumah bermangga pulak kan?

Hati berdoa dan berharap jika boleh biarlah sakitnya selepas maghrib, mudah la kot tak perlu nak fikir anak yang takda di rumah.

Kalau la dapat pilih, LM minta sangat sakit time sabtu atau ahad. Sebab sabtu kejap je anak2 ni gi tuisyen.. Mereka memang ada di rumah.

Harap sangat time tu encik Z tak meeting, ngeri la jugak kalau call dia tapi dia tak angkat ke.. Kot la meeting sejam dua camne tu?

Tak habis fikir kalau nak fikir. Selagi mampu terus berdoa moga mudah segalanya. Jutaan terima kasih buat kalian yg sentiasa mendoakan yang terbaik.

Ampun maaf tak dapat bw dan drop komen selaju dulu. Kesihatan diri tidak seperti dulu, tak tangkas macam dulu ..

P/s: pagi tadi sedar lambat dekat pukul 6 pagi. Terus blur tak reti nak buat apa. Boleh lagi baring golek2 dalam 5-8 minit kot.. Mujur encik Z kejut budak2 dan terus masakkan burger untuk bekal dan sarapan anak2 ni. Syukur...



www.tips-fb.com

6 comments:

Nur Inani said...Reply To This Comment

semoga dipermudahkan segala urusan akak kelak

Mummydearie said...Reply To This Comment

Tak payah nak susah-susahkan hati fikir banyak-banyak, LM. Segala perancangan dalam ketentuan-Nya. Insya Allah, segalanya akan terurus dengan baik. Mudah-mudahan Allah mendengar permintaan LM ni nak bersalin di hujung minggu. Rehatkan minda tu, jangan banyak berfikir okey :)

Mila Hilas said...Reply To This Comment

kak, xpe Allah tu Maha Mendengar..merintih la meminta pertolongan dari Dia..InsyaAllah Dia akan tunaikan...

Diana Rashid said...Reply To This Comment

jangan fikir sangat la..nanti dah sampai masanya awak tak perasan pun semuanya berjalan lancar..tak de apa2 masalah..InsyaAllah..saya doakan semua nya dipermudahkan untuk awak dan anak2..

MizzTina said...Reply To This Comment

moga dipermudahkan ye kak..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

tapi betoi jugak kata dorg kak. kita dah doa moga semua dipermudah. insyaAllah Allah mesti permudahkn. Dia dengar doa hamba2Nya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...