Tuesday, January 27, 2015

Cuci Langsir- Macam Nak Raya!

Assalamualaikum..


Allahuakbar.. Sungguh letih hari ni.

Malam tadi si kenit ni kita sibuk nak tido dia sibuk suruh bukak lampu bilik katanya takmo tido lagi.

Bila matikan lampu dia terus tengok youtube kat handphone last2 masa melayan dia cakap terus dia lempang muka ummi secara tiba2.

Grrr!!!

Ummi:Nape adik lempang muka ummi?

Si kenit: sebab ummi jadik hantu!

Laaaa.. Dalam gelap tu kan dia buka youtube. Bila cahaya handphone kena muka ummi yang rambut ala2 zombi kampung pisang terus lah muncul mood seram di mata dak kenit tu rupanya. Haishhh!!! Tak pasal2 ummi kena lempang.

Bila dah datang mood seram dia pun mula lah lembut hati nak tido.. Tup2 batuk berpanjangan sampai keluar kahak muntah bagai sampai kena selimut baju dia dan baju ummi pulak. Huwaaaa pukul satu pagi tu!!

Kena mandi la pulak.. Haiyaaa

So, hari ni kena mendobi lebih dari biasa. Lepas mendobi baju semua tu terpikir pula langsir macam dah berhabuk, makanya membasuh langsir la pulak. Giler punya kerja!!!

Last2 keletihan. Macam nak sambut raya la pulak sibuk nak bersalin sibuk pula mencuci langsir dalam melayan sikit2 contraction yang kejap datang kejap hilang main aum cak tu.

P/s: mujur lah cuci langsir.. Dulu masa hamilkan adik ad siap buat langsir baru sebelum bersalin. Motif? Konon nanti orang datang ada langsir baru. Jahit sendiri dengan perut besar merangkak2 i potong langsir tu tau. Ekeke

www.tips-fb.com

5 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha. Semangat nak hias rumah nak menyambut tetamu dtg tgk baby baru.. saya nk pegi juga la nati...leh tgk rumah LM gak..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Dugaan tengah malam buta kena mandi..

Cuci langsir ok tapi nak membuka dari penyangkut, menyidai dan melipat tu kan satu kerja..

Dah-dah-dah... jgn buat itu semualah dah nak masa keluar baby tu.

najihah sahami said...Reply To This Comment

haha..sian ummi kena lempang..adehhh..redha je kan kak...

eh..akak siap menjahit lgi masa mengandung? Mish dulu umi marah siap sorok semua jarum dan benang. hahaha. macam2

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hahahahahhaha kelakar la syafiq ni. moralnya nanti sebelum tido ummi kena sikat rambut kemas2 nanti tak pasal kena lempang lagi ekekkekekeke

kan kak bila tukar langsir mesti mood raya tetiba datang hihihihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ni sama ada nak sambut Thaipusam atau raya Cina dengan langsir barulah tu. Hahaha!

Sibuk betul dia nak cuci langsir bagai! Raya lama lagilah. Jaga diri tu dulu, langsir kemudian cerita :)

Kesian alahai tetiba je kena lempang sebab disangkakan hantu. Nasib baik tak sakit sangatkan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...