Saturday, January 31, 2015

Hari Ni Kan Cuti!

Salam...

Sebelum tidur malam tadi dah terbayang wah bestnya esok nak golek2 bangun lewat sikit. Siapa yang tak suka sambung tido? Ye tak?

Memandangkan tuisyen anak bertiga tu jam 10.30 pagi maka biasanya rutin bermula jam 9 lebih pergi sarapan terus hantar mereka tuisyen.

Tapi..8.00 pagi dah ada orang tekan bell. Grrrr!!! Siapakah?

Jenguk2 tak nampak sesiapa terus je buat tak tau. Bila si kecik ni dah bangun mulalah dia mengamuk tak tentu pasal. Dia ingat hari ni sekolah. Dia ni tiap pagi paksa ummi mandi bersiap teman dia ke sekolah. Konon ajak sekolah sama-sama. Untuk memuaskan hati dia kenalah LM ni bersiap tiap pagi ke sekolah. Tapi yang ANEH nya bila sampai sekolah tak pula dia meronta ke.. Meraung ke minta tunggu. Bila cikgu pimpin je tangan dia masuk sekolah terus dia bukak selipar dan susun kat rak kasut. Masuk kelas tanpa toleh ummi .

Kata bonda.. Dia nak ummi hantar, nak perhatian. Hurm... Ikutkan je lah! TAPI hari ni bergasak menangis ajak mandi nak gi sekolah. Adoiaiii

Sebab si ayah ada program pagi ni( dah la dia tak bagi tau kena gi awal.. So i sentap). Maka kononnya malas la nak keluar bekpes. Tapi... Bila si kenit tu dah meraung melalak ajak mandi kena juga gi lepak mamak dan terus hantar budak bertiga tu tuisyen . Letih duk terangkan cuti hari ni.. Cikgu kata cuti dua hari..

Malasnya nak gi bekpes tanpa suami. Sebab??? Tak larat nak layan si kecik. Biasanya ayah dia yang gi ambikkan ayam dan gi bayar makanan. Siyes LM sangat malas nak berdiri gi bayar, malas nak drive.. Malas dah sekarang ni:(

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...