Monday, January 12, 2015

Hari Pertama Sekolah


Assalamualaikum...

Tak lena tidur LM malam tadi. Risau lewat bangun, takut tak sempat buat bekalan anak- anak ke sekolah.

Nampak mudah, tapi dalam keadaan perut dan badan yang semakin sarat memberat ni bukan mudah LM nak bangun awal pagi siapkan semuanya..

Terjaga kali terakhir jam 4.35 am. Terus tak berani tidur lagi sebab risau terlena sampai terang.. Naya nanti.

Tahun ni menguruskan 4 anak yang sekolah.. Moga mudah dan lancar, amin.

Si kakak dan acha sekolah rendah sesi pagi. Sebab acha kecil lagi baru tahun satu maka wajiblah ummi buatkan bekalan tiap pagi. Maka... Si kakak pun bawak bekal juga sebab ummi pun risau tahap kebersihan kantin sekolah( tahun lepas kantin diawah tutup 3 hari sebab kotor)

Si abang sekolah agama sesi pagi, maka bawa juga bekal ke sekolah.



Ehem.. Tahun ni saya masuk 4 tahun! First day ke sekolah ...

Syukur si kecil ni tak menangis. Elok saja ke sekolah walau pagi tadi punyalah payah nak suruh dia bangun(dia tido pukul 1 pagi). Lepas ni kena pujuk agar dia belajar tido lebih awal .

Alhamdulillah nampaknya urusan hari ni berjalan lancar. Harap urusan sesi petang juga begitu.. Amin

www.tips-fb.com

4 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Wah.. syafiq dah besar dan sekolah pun.. tiga tempat la ya LM kena hantar setiap hari.. moga semuanya ok2 ya.. pandai tu diorang menyesuaikan diri..

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Rata2 hari ini baca catatan ibu-ibu yang bangun seawal pagi kerana menyiapkan hal persekolahan anak2... Suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan yang boleh diceritakan semula kepada mereka... :)

Nur Inani said...Reply To This Comment

awalnya akak bangun. heheh. :D

Mummydearie said...Reply To This Comment

Betullah, LM. Saya pun tak berani tidur kalau dah terjaga awal. Beria-ia pasang alarm bagai. Bukan takut kita lewat pergi kerja, tapi takut anak sampai lewat ke sekolah! Hahaha!

Cuma pagi tadi je ada rasa liat nak bangun pukul 5.30. Jam bunyi, landing balik atas katil. Tengok sekali lagi dah 5.50 pagi teruslah terjun. Takut kalau kelengkapan anak tak dan nak siapkan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...