Wednesday, January 21, 2015

Hospital Bag For Dads

Assalamualaikum..

Ehem.. Terasa macam eh kejap je dah nak bersalin. Terasa macam baru je lagi haritu mabuk melepek bulan puasa.

Beg ummi entah berapa kali susun tak juga siap2 kemas.. Haha selalu je gitu kan?

Jom nak cerita bab beg ayah pula. Uiks, ayah pun kena ada beg jugak? Mestilah kena ada bagi yang nak tido hospital dan rumah agak jauh tu. tapi, kalau macam kami yang jarak 15-20 minit dari KPMC Puchong tu tak perlu la ayah baby bawa beg macam nak pergi holiday, ye tak?

Selain baju( bagi yang rumah jauh) apa lagi yng perlu?
-towel mandi
- berus gigi
-sejadah ( mudah nak solat dalam bilik tu nanti)
- air( takut tak sempat nak beli jika wife dah sakit kuat)
- sikit makanan ringkas( spt roti utk alas perut jika tak sempat mendapatkn makanan berat)
- minyak angin( untuk diri ayah baby dan yang paling penting untuk sapukan belakang ummi yang memang sakit saat nak melahirkan nanti)
- kurma( kena letak dalam beg ayah takut ummi lupa bawa. Kurma ni ummi kena makan sebelum melahirkan dan selepas melahirkan( untuk tenaga)
- air zamzam(bawalah sebotol kecil air zamzam untuk ummi minum sebelum bersalin dan lepas bersalin. Untuk bagi pad baby juga
- selimut (tak la si ayah sejuk tido temankan ummi di spital)
- handphone, bateri, camera( utk rakam detik indah saat baby menjenguk ke dunia)

Apa yang kalian rasa perlu, boleh la dibawa. InsyaAllah moga senarai ini membantu.

www.tips-fb.com

5 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Betullah kalau jauh kena ada ini semua. Tapi kalau dekat pun ada sebahagian kena bawa macam air/minum/sejadah tu sebab kadang malas nak ulang-alik selagi baby tak deliver lagi..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

nanti dah bersalin siapa jaga anak2 kat rumah.Ada orang jaga kan ke?

CikAnie said...Reply To This Comment

tempat saya bersalin suami tak boleh tunggu,, time waktu melawat je boleh masuk,, mujurlah rumah ngan spital 5 minit je sampai,,

Kira Sakura said...Reply To This Comment

aah kan tak terpk pulak minyak panas tu blh sapu blkg masank melahirkn

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kena bawa juga tak kira dekat ke jauh. Macam saya ni, masuk je hospital teruslah penyakit manja mengada-ngada datang. Tak bagi suami keluar ke mana-mana sebab takut kena usung ke labour room dan dia takda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...