Friday, January 16, 2015

Joint Pains- Semasa Hamil


Assalamualaikum...

Mulanya LM ingatkan tangan kanan ni terseliuh atau salah urat. Mungkin juga sebab adik syafiq tertindih masa kami tidur petang tu tapi bila makin melarat walau dah minta encik Z urut mulalah gelabah.

Makin bisa berdenyut.. Nak sidai baju pun tak boleh, masak pun berapa kali terjatuh sudip sebab tak boleh angkat tangan sangat..

Bila makin malam nak pakai baju pun tak boleh angkat tangan terus.. Nak sarung kain telekung dah tak boleh. Dan.. Bila tak gerak tangan pun dia berdenyut!

Terus berkejar ke klinik lepas anak2 ni balik tuisyen semalam. Mujur tak lama tunggu..



Ni saja ubat yang selamat di makan untuk ibu hamil ni. Doktor kata joint pains ni biasa terjadi bagi ibu2 hamil. Nanti lepas bersalin kena buat fisio dan ambik suntikan .

Hurmm.. Patutlah bisa lutut, tangan kiri dan kanan ni tapi yang paling teruk bahagian tangan kanan ni lah.

Doakan LM cepat sembuh ye.. Nak angkat tangan tak mampu, nak ke depan 45 darjah pun dah terjerit sakit😥

www.tips-fb.com

7 comments:

✿ pink velvet ✿ said...Reply To This Comment

alaaahai~ dugaan tu.. semoga cepat sembuh ye :)

Diana Rashid said...Reply To This Comment

sabar la LM..saya paham rasanya macam mana..nak tidur malam pun tak senang..kan??

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Moga LM tabah ya.. pasti tak selesa tu tapi demi bayi tu dan anak lain digagahkan semuanya.. insyaAllah mudah LM bersalin nanti tu..

tenku butang said...Reply To This Comment

abah teman pun suka pakai Flanil ni.. sejuk jee

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alahai, kesiannya! Setakat saya yang selalu kena kejang jari jemari ni, Flanil ni memang tak jalan lagi, LM. Seingat saya masa lepas bersalin Abang dulu, dua-dua kaki langsung tak boleh nak angkat. First time nak kena buang air kecil tu pun, memapah-mapah nak turun dari katil padahal bersalin normal je.

Semoga cepat kurang sakit tangan LM tu.

Cik Ecah said...Reply To This Comment

get well soon sis!

Kira Sakura said...Reply To This Comment

laaa siannya akak. mjur la adik syafiq xyah berdukung dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...