Tuesday, January 27, 2015

Kontraksi Braxton Hicks Atau Memang Kontraksi Sebenar?

Salam...

Kontraksi? Phewww sejak dua hari ni makin kerap terasa . Lebih panjang dan lebih menyengat sakitnya.

Malam tadi pun macam tu, sakitnya datang makin kerap dalam sejam tapi lepas tu hilang bila LM buat kerja itu ini. Lepas tu datang lagi.. Huhu

Maka.. Walau hati kecil ni berkata ooo cuma contraction braxton hicks je tu.. Tapi tetap takut juga kot la semakin kuat sakitnya terus bersalin.. Haaa sape tau kan?

Makanya semalam sambil peluh2 menahan sakit gagahkan diri rendam cili dan terus blend segala bahan untuk buat bekalan anak2 ke sekolah hari ni.

LM tumis siap2 cili tu sebelum tidur kononnya nanti kalau sakit tengah malam ke encik z boleh masakkan terus campur daging sayur bagai untuk goreng kuey tiaw anak2 tak la kalut sangat nanti( panjangnya duk pikir kan?)

Ye la.. Kena fikir anak2 yang lain juga terutama acha, dia baru darjah satu takkan nak biar dia beli makanan sendiri kat kantin. Memang LM dah larang dia dari beli makanan situ, risau keracunan dan kesian dia berebut2 beratur demi sesuap nasik( ecehh)

Sesetengah doctor menganggap sakit kontraksi braxton hicks ni sebagai latihan buat ibu2 hamil nak hadapi sakit sebenar yang lebih kuat dan kerap.. Maka, time gini lah kita nak bernafas dengan betul untuk mengurangkan kadar sakit tu. hehee.. Bila sakit nak bernafas dengan betul pun lupa, ye tak?

P/s: encik Z nk g opis pun takut2.. Risau kot la LM nak terbersalin. Tapi selagi lum sakit kuat LM tahan je la. takut sakin acah2 camni kejap je ilang tanpa berlaku bukaan serviks
www.tips-fb.com

6 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hahahahaha betoiiii bila dah nak bersalin sgt tu lupa habis semua ilmu yg duk baca hari2 tu hihihihi

moga dipermudahkan ye kak. jaga diri

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

wahh..dah makin dekat ya.. semoga dipermudahkan..

najihah sahami said...Reply To This Comment

ewahhhh...sedap la menumis lepas ni..lada tak pedas. hee

Mummydearie said...Reply To This Comment

Masa dah sakit, ilmu apa pun lupa, LM :)

Ni dah nak dekatlah masa tu. Semoga dipermudahkan urusan!

Diana Rashid said...Reply To This Comment

nak gelak pun ada saya baca ni..sempat rendam ,tumis cili lagi..pandang ke depan sungguh LM nih..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Ish2 LM ni ..dah ada kontraksi gtu pun gigih buat macam2 lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...