Monday, January 5, 2015

KPMC Puchong- Temu Janji

Assalamualaikum...

Hari ni ada temujanji dengan doktor. Hurmm memang terlupa yang hari ni hari pertama part time maid datang kerja. Temujanji jam 10 lebih, part time maid mula jam 9 pagi.. Haishh kalut!

Lepas tunjuk itu ini terus berkejar ke puchong. Memang lewat,hampir 9.45 dari rumah. Maid tu? Tinggal dengan anak2 je. Tawakal je la..

Dah la sibuk maid tu cakap lat encik Z kenapa tak esok je pergi cek mengandung. Tadi dia duk sibuk suruh gi klinik dekat situ lah sini lah.. Nape nak gi jau ke puchong. Sabar je lah!

Letih ooo nak jawab dalam keadaan kelam kabut nak cepat. Sobss

Dah la pukul 12.15 baru siap, dengan masalah itu ini kena ambik sampel bagai nak hantar ke lab( letih nak cerita, tak best pun nak cerita pasal tu..)

Mujur la encik Z yang hantar, ingatkan dia suruh gi sendiri. Sebab hari ni kan isnin( hari bekerja). Dalam purse sejujurnya memang ada rm200 lebih sikit je.. Muka yakin 100% duit tu cukup. Tup2.. Dapat bil, siap semua ubat untuk sakit itu (stok dua minggu) dan kos lab bagai.. Kena dekat rm300.

KALAU encik Z tak pergi sama.. Memang lah malu weiii!! Takkan nak kata" jap eh saya gi bank". Manalah LM tau bank kat area sana tu letak di mana.

Encik Z ada boleh la dia urus pasal insuran bagai tu sebab memang tak bawak GL pun... Encik Z la yang isi form pilih bilik bersalin bagai tu.

Ye lah kat sana kan apa macam2 pakej, 3 katil sebilik ke.. Dua katil ke, satu katil ke atau family room( bilik besar la sikit). LM ni nak angkat montot pun tak larat dah, gemok sangat sampai tak larat nak bangun ke sana sini dah tau. Huhu

Dengan tak sarapan, kalut punya pasal.. Memang longlai lah dari pagi sampai tengah hari kat situ. Lepas tu terus gi isi perut dan tapau lauk untuk anak yang di rumah. Cuma qila je ikut sebab syafiq tido lagi masa gerak tadi.

Sampai di rumah, mak aiii terkejut !!

Separuh sinki ada cawan dan pinggan tak bercuci, yang dibersihkan hanya ruang tamu pertama dan kedua, serta lantai dapur. Dapur gas tak digilap, hood pun tak dibersih. Sinki tak diusik, bilik mandi tak dicuci. Ya Allah ( dugaan sungguh). Padahal sebelum keluar dah pesan, sinki cuci pakai span ini, lantai bilik mandi guna bers ini sabun ini.. Nape tak cuci??? Tiga jam buat apa?? Bilik satu pun tak dikemas. Sabar je la!!

Memang angin satu badan. Padahal janji kerja 5 hari seminggu.. Dia rasa nak buat bila kerja tu? Lusa?minggu depan? Sabar lah wahai hati.. Dah kebetulan temujanji tu kena pada time dia datang. Esok siap kau!( nada cam mak tiri.. Ekeke)

Part time maid indon ni ingat duit kita takda nilai ke wei?? Gaji ko keje tiga jam tu lagi mahal dari gaji budak kilang tau. Masih tak syukur lagi kan?gaji dah sama mahal dengan full time maid dah pun. Apa ko nak lagi? Sabar lah wahai hati.. Memang rasa macam... Nak nanges tahan marah dah ni. Sobsssss

Soalan cepu emas:
1. Bagi peluang sampai hujung minggu kalau tak okey berhentikan saja
2. Ambik je yang lama, walau tiga kali seminggu 88% kerja lagi bagus dari yang ini tau. Walau dia suka ikut kepala dia je nak datang bila. Bab mengelat kerja yg baru ni lagi handal
3. Err ni isu agama: yg ni dah la free hair, buat kerja siap tukaq sluar pendek lagi paras lutut. Aurat ngan laki, ngan anak? Ngan org sekeliling???aku gak ke kena tanggung dosa dia? Sobsss

Yg baru ni smoking.. Kuat betul baunya.. Yg lama tu mmg tak tanggal tudung dan berkejar balik sebab takut lwt solat duha. Bezanya mereka.. Huhuhu
www.tips-fb.com

3 comments:

sheila arshad said...Reply To This Comment

hmmmm dugaan ye. saya aritu panggil part time cleaner sbb mcm x larat je nak bawak perut sambil buat keje rumah. Tp tgk cara dia keje macam baiklah saya buat sendiri. Sapu rumah dia usung je dust pan tu...kaut sampah/habuk sikit2 instead of sapu semua kumpul setempat then br kaut. Toilet pon basuh cuma sink dan bowl...dinding tak basuh. Hadoyaiiii mmg itulah lastnya.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

kali ni awak kena tegas sikit ..dah la awak nak berpantang nanti..kalau dia buat sambil lewa siapa nak uruskan rumah..tegas dan garang.bagi dia nampak sikit awak bukan main2 punya orang..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Amboi, buat kerja ikut suka dia ke? 3 jam pun tak selesai banyak kerjarumah? Kalau sayalah LM, memang kena sound direct. Kalau tidak, memang say byebyelah. Ish, bab pakai seluar pendek and smoking ni memang a bit annoying di mata ni. Kalau saya memang pangkah terus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...