Monday, January 26, 2015

Leaking Ke? Nak Sarapan Jadi Gelisah

Salam..

Minggu lepas dak kecik ni demam maka ponteng la dia tiga hari. Macam biasa hari ni dia bising merengek suruh ummi pun sama pergi sekolah(sobsss sedih betul, dah terboyot2 pun kena gi tadika lagi. Dulu takmo sekolah masa kecik2.. LM duk buat2 sedih depan cermin sambil make up)

Ikut kan saja la. Nak mandi dengan ummi, kita layan kan sajalah. Maka memang terpaksa lah ummi berwangi- wangian dan melawa( ceh lawa ke?) pepagi sebab nal gi tadika.

Pas aje kat cikgu terus lari laju2 masuk kereta. Tak sanggup nak tengok air mata dia. Hahaha.. Rasanya tak sempat nanges la kot.. Dia tengok ummi takda terus je masuk kelas .

Sebab hari ni bekalan anak2 hanya nugget, bebola ayam dan bebola ketam maka lepas hantar dia gi sekolah terus ayah sumbat perut ummi dengan roti canai. Elok- elok syok menyuap rasa basah. Glurpp..

Suap lagi mula rasa resah dan tak selesa.. Habis je menyuap terus ajak encik z balik cepat2 sebab dah basah .. Walau tak banyak memang rasa sangat tak selesa.

Minta encik Z bawa kereta laju2.. 30 minit je proses sarapan tu, bayangkan hantar si kecik tu sek pukul 8 sampai rumah pukul 8.30.. Tapi kemain bising mulut macam nak nanges paksa encik Z bawak kereta lelaju sebab memang sangat tak selesa.

Sah.. Balik rumah memang basah dah pantiliner tu. tak sampai sejam pun.. Hurmmm

Sekarang ni cuma tunggu dan lihat je la. tak gi klinik lagi pun, tak call hospital jugak. Kalau air makin banyak keluar nanti terus la pergi. Ni pun masak campak2 nasi arab untuk lunch ank2. Baru je ambik si kenit ni balik sekolah.

Gaya macam letih sangat walau cuma masak dan cuci baju je pun, tapi sebab perut berombak2 rasa makin tak larat:(

www.tips-fb.com

4 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

dah nak bersalin ke LM?apa2 nanti update ye...

Kira Sakura said...Reply To This Comment

akak dah sampai masa ke? kite pulak yang dup dap dup dap ni haaa

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Syafiq saja je tu nak suruh Ummi dia bergerak banyak sikit..cepat sikit bersalin..hahahha..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hai, cepatlah bersalin. Lama ni menunggu nak tengok baby baru. 9 bulan dah menunggu ni, LM :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...