Wednesday, January 14, 2015

List Menu Bekalan Sekolah Tahun 2015

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tahun ni ke- empat2 buah hati LM semuanya bersekolah. Di sebab kan acha baru darjah satu dan tak sesuai nak berebut beli makanan kat kantin maka azam tahun 2015 ni kenalah LM gigihkan diri siapkan bekalan untuk mereka bertiga.. Ecehh macam zaman kat qatar dulu, tiap hari gigih siapkan bekal sebab kat kantin mereka cuma ada jual sandwich je..

Dalam pantang nanti menu simple je lah kot untuk bekalan mereka. Tiap hari LM akan update entri ni buat kenangan dan panduan LM di tahun mendatang, atau boleh juga jika kalian nak jadikan sebagai rujukan. Takda lah istimewa pun, cuma menu simple dan kegemaran anak- anak saja..

Segala menu ni LM siapkan pagi.. Biasanya akan bangun jam 5:20am untuk memasak sebab bas sekolah akan sampai jam 6.30 pagi.


Day-1



Alhamdulillah sempat gorengkan mihun untuk mereka.

Bahan:
1 bungkus mihun faiza(400gram)
1 biji bawang besar*
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering(lebihkan jika suka pedas)*
1 genggam udang kering( direndam)*
Fish ball
Fish cake
Ayam (2 keping bahagian dada)
1 biji tomato
1/2 cekak daun kucai
2-3 batang sawi
2 biji telur
Garam
Kicap manis
Minyak( menumis)

Caranya: rendam mihun dengan air biasa sebelum tido supaya ianya akan lembut masa nak masak pagi- pagi..

Tumiskan bahan2 kisar hingga naik minyak. Kemudian masukkan ayam. Apabila ayam separuh masak boleh masukkan fish ball serta fish cake. Masukkan telur dan tomato.

Lepas tu boleh masukkan mihun. Gaul rata. Masukkan garam dan kicap secukupnya. Kemudian masukkan sawi. Gaul hingga betul- betul kering agar bihun tahan lama tidak mudah basi.

Day-2
Kuey tiaw goreng



Bahan:

2 bungkus kuey tiaw
1 biji bawang besar*(kisar)
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
5 tangkai cili kering*
2 sudu besar udang kering*
1 bungkus fish ball
1 buku bahagian dada ayam(dadu)
2 keping fish cake
1 tomato
Kicap manis
2 biji telur
Garam
Minyak (menumis)
Kucai
Sawi

Cara: tumis semua bahan kisar. Apabila naik bau masukkan ayam, fish ball dan fish cake. Masukkan telur dan boleh masukkan kuey tiaw. Kemudian masukkan kicap dan garam.

Letak tomato dan kucai serta sawi.

Kacau hingga garing.

* sejukkan sebelum ditutup bekas makanan supaya makanan tidak cepat basi

Day-3

Burger Ayam




Bahan:
roti burger
Daging burger jenama ramli
Salad
Sos cili
Butter
Mayonis

Caranya: belah dua roti dan sapukan butter. Goreng sekejap atas kuali.

Goreng daging burger dengan beberapa titis minyak.

Bahagian bawah letakkan roti. Kemudian letak mayonis dan sikit sos cili. Letak pula salad. Kemudian letak daging burger. Letak keju slice(stok keju LM kebetulan habis).

Letak mayo dan sos lagi dan ....siap!


Nasi Lemak Telur





Sosej dan Bebola Ayam
- tangan LM sakit tak dapat masak maka terpaksalah bawa menu tak sihat ni untuk anak2. Mereka benda2 camnilah yang asik mereka minta. Sesekali boleh la... Jangan selalu okey!



Nasi Goreng Daging Dan Limau




French Toast

www.tips-fb.com

3 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Mudah2an anak2 makan dengan gembira dan berselera... :)

Nur Inani said...Reply To This Comment

mesti seronok anak anak akak :D

Mummydearie said...Reply To This Comment

Mujurlah anak bujang saya tak cerewet, LM. Tiap pagi dia cuma minta Milo panas dengan roti sapu marjerin/jem, roti telur ataupun sosej je. Bekalan pun sama. First day saya siap gorengkan mi togel kegemarannya tapi dia tak mahu bawa ke sekolah sebab leceh nanti nak makan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...