Monday, January 19, 2015

MD Serang Blog Ni


Salam...

Dari pagi memang rasa tak larat sangat. Tetiba rasa sakit perut macam contraction.. Kembang kuncup hidung duk tahan sakit.. Berpeluh2 menghayati sakit sambil cuba2 bawaa mata ni tido di tengah hari yang panas:(

Tetiba bila nak intai2 komen tengok berderet komen. Uik??? Rasa macam tak update apa pun. Camne boleh ada banyak komen ni?

Rupanya MD serang blog LM. Hahaha.. Dia dah lama tak bw sini tup2 dia baca semua entri dan komen.



Ni 1/5 dari komen yang dia drop kot? Banyak benor LM tengok berderet2.. Hati2 publish kan komen tu takut jari gebus ni terdelete pulak.. Naya ko!!

LM pun busy semacam tak sempat nak bw sangat. Kdg2 tu baca blog diana,MD, kak zakie, sudais dan ramai lagi tak sempat komen pun. Baca terus tinggal je. Badan tak sihat sangat, kepala mudah pening ditambah pula tangan sakit dah berapa hari ni, memang la tak larat nak berblog .

Apa pun, syukur kalian tak henti bagi tips dan nasihat serta pandangan walau LM jarang drop komen kat blog korang. Terima kasih banyak2..

www.tips-fb.com

5 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha.. MD ni kan memang popular kat semua blog. Memang rajin bw. Sejak masuk tahun baru ni saya mmg takleh la nak berblog selalu. Masa menunggu macam ni, cubalah lapangkan masa untuk tgk blog n komen sedikit sebanyak. Menulis pula cuba juga tulis pada hujung minggu. Tapi kerja yang banyak dan stress sedikit sebanyak jadi ok kalau ada hobi mcm berblog ni..

Baby tahan2 dulu ya. Bg paru2 matang dulu ya baru keluar.

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

lama rasanya beliau tak serang blog saya.. merajuk ke hapa tak tau la. dok fikir jugak.. tercari2 kot2 salah komen ke kat blog MD ni sebab sy suka komen2 MD & entri dia.. memang enjoy baca

Kakzakie said...Reply To This Comment

Siapa tak kenal MD ni. Buat N3 berjela-jela, komen pun berjela juga hihi..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hahaha... kan saya dah warning siap-siap. Lebih baik saya datang hari-hari. Kalau saya tak datang lama, memang parahlah tengok kotak komen nanti. Saya tak bolehlah dah baca tak komen. Dan saya tak kering-kering idea lagi nak mengomen walaupun dah penat menulis panjang di blog sendiri dan membalas komen. Harapnya tak terkejut baby dalam perut ya dek terkedu tengok komen bertan-tan saya nih :)

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira pun kama dah tak jenguk2 akak kt sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...