Wednesday, January 28, 2015

Murtabak Maggi

Salam..

Semalam si kakak minta murtabak maggi untuk bekalan ke sekolah. Mungkin terkenang murtabak maggi yang LM pernah buat dulu atau ada kawan yang bawa ke sekolah.

Sebab keadaan diri yang tidak mengizinkan payah la sikit LM nak buat untuk dia. Tadi, ada sikit kekuatan maka LM buatkan lah sikit untuk mereka tiga beradik.



Tara... Mudah je nak buatnya tapi sebab MALAS.. Memang semua benda tak jadi.

LM cuma campurkan dada ayam yang dicincang bersama sikit serbuk kari, sikit garam dan perisa ayam serta daun bawang yang dicincang halus.

Adat orang dah sarat, bila masak nak yang mudah2 saja.. Huhu


www.tips-fb.com

5 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Masih juga ke dapur ummi budak ni ye. Kakak risaulah.. Tadi baca kata surrender ke hospital tetiba buat murtabak maggi pulak.. Balik rumah tu doktor suruh banyak rehat tau jgn renyah adik. Kalau doktor tahu mesti dia tahan tak kasi balik..

mrs mustache said...Reply To This Comment

bile due kak?hihi.first time bw kt sini..sedapnya murtabak manggi..semoga selamat semuanya :)

Nur Inani said...Reply To This Comment

dulu pernah jugak buat ni :D

Kira Sakura said...Reply To This Comment

pernah buat tpai tak jadi petak2 mcm akak buat tu. murtabak kira dah jadi macam megi telur aje. mujur rasa sedap tu ada jugak. sobsssss

Mummydearie said...Reply To This Comment

Masih dikira rajinlah ni, LM. Dah kata dah, orang tak sarat pregnant pun tak serajin LM ni tau :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...