Tuesday, January 13, 2015

Pandai Bawa Diri-Syukurlah

Salam..

Sejak petang semalam kepala ni berdenyut tak henti- henti. Tak tau mana silapnya sakit tetap tak kurang walau minum air bergelas- gelas( konon nak bagi sejuk badan)

Bila malam terus makin tak larat. Lauk tengah hari tanpa sayur tu sajalah yang dihidang untuk makan malam sekeluarga.. Sedihnya...

Siap putar dua bakul kain dan sidai siap- siap terus tumis rencah untuk buat kue tiaw bekalan anak2. Risau lewat bangun, tumis awal- awal tak lah terkocoh kacah pagi2 tu.

Hurm.. Bila badan tak sihat, sebelum tidur terus tak sempat ambik segala vitamin dan ubat yang wajib diambil.

Selesai saja buat sarapan dan menyiapkan bekal anak yang tiga tu lepas solat subuh terus saja landing atas katil. Bila si kecil tu bangun mandi macam biasa main tak abis- abis. Mandi berjam tak peduli benda lain dah.

Tup- tup ummi terlelap! Arghh memang terkejut sangat bila sedar dah jam lapan lebih. Si kecik tu dah pergi sekolah pun rupanya:(

Pandai nya dia bawa diri. Dah berdikari sekarang ni. Nak ke sekolah tak hirau ummi dah..( tau- tau je ummi demam)

Siap pesan kat ayahnya minta ambik dari sekolah. Makanya... Hari ni tak perlulah ummi ambik si kecik tu. ayah terpaksa balik kejap berkejar ambik dia. Dah sampai rumah diajak pula ke kedai minta aiskrim pula.. Amboi...manjanya dengan ayah!

Sebelum ni pantang jauh sikit dari ummi. Tapi sejak dua hari sekolah ni kemain kamceng lagi dengan ayah. Nak tido borak ngan ayah, nak gi sekolah borak ngan ayah. Syukurlah... Tak la ummi risau bila ummi dihospital nanti dia tercari- cari ummi.

www.tips-fb.com

3 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Anak yang memahami...sejuk rasa hati... :)

Diana Rashid said...Reply To This Comment

pandai dah dia bersiap sendiri..dah besar.nampak dah abang2 dia tu..heheh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Pandai alahai dia bawa diri ya. Tahu dah nak dapat adik baru. Senanglah sikitkan, LM. Kalau tidak, dah tentu kita yang gusar dok memikirkan anak yang asyik mencari ibunya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...