Thursday, January 22, 2015

Pening Melayan Kerenah

Salam..

Terasa macam apa ntah, pening duk pikir masalah dan kerenah orang.

Mungkin nampak remeh tapi susahnya nak handle orang lain. Memang takda tokoh jadik bos / majikan betul LM ni agaknya.

Part time maid yang kami ambil tu cuma kerja 5 hari seminggu dengan tempoh 3 jam sehari. Bayaran yang diminta dekat sama banyak dengan gaji sebulan full time maid. Okey.. Sebab dia kerja hari2 maka memang la dikira murah sebab kalau ambik seminggu sekali tu dorang kan nak rm50-60 untuk tiga jam atau rm15-20 untuk sejam kerja.

Tapi.. Geram la juga sebab bila kita bayar per/jam kenalah kerja zasss laju kan.. Bukan kerja lenggang lenggok duk layan feeling dengar lagu sambil cuci piring berj kat sinki padahal berapa biji je lah pinggan sarapan aku tu wei!

Bukan ada masa layan panggilan sampai 3-4 kali duk berdering tak henti2.. Tiap saat awak tu kan berbayar!

Lagi satu memang parah..
Awal minggu ni( baru dua minggu kerja, dua kali dapat gaji) dia dah berani minta kami jadi sponsor dia untuk dia renew permit kerja dia.

Dia sekarang ni kosong, nak balik semula ke sana mac nanti nak buat permit baru. Kononnya nak cepat kena ada agen dari sini, dia siapkan dari agen sana. So cepatlah dia dapat datang sini semula.

Dia nak kita bayar pada agen tu lepas tu nanti dia bayar kalau ada duit atau bayar sikit2..TAPI dia nak kerja bebas macam sekarang. Nak kerja tiga jam je dengan kami lepas tu nak mengurut dan kerja lain macam sekarang. Logik tak permintaan dia?

Boleh bayangkan tak terkebil2 kami laki bini duk terkejut dengar permintaan dia. Mak aii beriban tu nak urus dia.. Orang yang kita kenal dua minggu?

Dah la memang dia selalu cerita dia kerja klinik cina dulu dia lari( kata nak balik indon tapi dia lari kerja lain).. Memang takda permit pun.. Dia bebas lari sana sini.

Kerja rumah cina pun lari lepas tiga tahun, kerja kantin hospital kat ganu pun lari lepas tujuh bulan.

Bila dia tanya semalam LM jawab hubby busy belum ada masa nak tanya prosedur tu semua.

Tadi dia dah sibuk tanya boleh tak uruskan dia. Bila kami bagi jawapan yang tak meyakinkan dia hari ni dia mula buat perangai.

Tamat kerja jam 12, tengok dia dah siap vacum, duk kat dapur macam takda kerja( sebab pinggan satu sinki LM dah cuci siap lap dapur gas bagai), LM minta dia cuci bilik mandi LM.

Siap je basuh bilik mandi LM baru pukul 11.30. Boleh la pulak dia duk urut2 usap2 syafiq yg demam ni sambil pot pet bercerita sedangkan LM yang terboyot ni duk melipat kain?

Hati ni rasa cam.. Ya Allah sabar je la. entah kenapa mulut ni rasa macam malas nk cakap apa dah.

Padahal dah bagi tau dah, kalau hari ni tak sempat lipat baju esok dia lipat la.. So, lipat baju tu termasuk dalam skop keje dia.

Lum lagi dalam pantang dia dah tunjuk taring. Esok lusa tak pantau macam mana lah perangainya.

Takda nilai ye gaji yang diterima tu? Kalau kerja full time maid dapat gaji lebih sket je dari tu bukan ke kena kerja dari subuh sampai pejam bijik mata tengah malam? Allahu Akbar.. Tabahkan lah hatiku hadapi kerenah orang. Moga tidak keluar perkataan yang menyakitkan hati..

Walau dah sarat LM masih tak minta dia sidai baju atau cadar walau berat mana pun benda tu. semua buat sendiri.. Tapi kenapalah dia tak hargai kebaikan yang dihulur. Huhuhu..

P/s: sementara belum bersalin ni kenalah tahan kot..
www.tips-fb.com

4 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Indon ni memang jarang ada yang betul2 baik...ada sahaja helah dan karenah mereka...

Kakzakie said...Reply To This Comment

1. Jgn jadi majikan utk permitnya dik. Bahaya kalau dia buat jahat majikan dulu yg imigresen cekup

2. En. Z kena tegas bila bercakap dgn dia jgn senyum-senyum tak boleh ni.

3. Boleh tipu (bukan tujuan tak baik tapi utk keselamatan) katakan kalau dia buat kerja memuaskan hati En Z akan setuju jadi majikan permitnya supaya dia rajin buat kerja.

4. Barang bernilai pastikan tidak mudah dilihat olehnya. Kunci rumah jgn sesekali bagi padanya.

Risau pulak kakak ni. Berbelas tahun kakak guna maid kakak dah rasa macam-macam.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

akak. risau lah. jgn la ambik dia dah. ambik orang lain lah. sekarang akak masih kuat dia dah ambik kesempatan. nanti time akak pantang. akak tak kuat macam mana pulak.

maaf la kira cakap macam kasar. tapi dah nampak side jahat dia. jadi kita kena fikir yang buruk2 dlu. akak ada anak kecik dengan suami yg jrang ada kt rumah blh tengok anak2 kan. baik akak cari org lain yg lebih elok kak. risau sgt ni

Mummydearie said...Reply To This Comment

LM, senang cerita jangan jadi penaja dia. Biarlah dia urus sendiri carilah mana agen dia suka. Dah terang dan nyata yang dia ni bukan jenis rajin dan tak setia. Buat naya LM dan suami je nanti.

Setakat kerja 3 jam lepas tu ada masa rehat panjang, kerja apa ke namanya tu? Dahlah part time aje, tambah lagi masa rehat dalam 3 jam tu, berapa baki waktu bekerjanya?

Oh, kalau saya ni memang tak boleh tahan. Hari ni buat hal, hari ni juga kuberhentikan. Tapi yalah, faham dalam keadaaan LM sekarang mungkin takda pilihan dah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...