Monday, January 26, 2015

Pertandingan Mewarna La Pulak


Salam...

Busy sentiasa busy walau keadaan diri tidak memuaskan. Walau ummi jalan macam siput sedut terhegeh2.. Uhukk

Disebabkan anak2 ni kami tukarkan sekolah agama/kafa yang baru maka perlulah patuhi peraturan sekolah. Sekolah baru ada lencana sekolah. Ingatkan takat sekolah biasa2, tak perlu lah lekatkan lencana tu so boleh la share tudung sekolah kebangsaan dengan sekolah kafa.

Rupanya tak boleh. Membising pulak cikgu tanya bila nak jahit lencana. Sebelum anakku emosinya terganggu maka kenalah mencarik stok tudung sekolah lagi.. (Duit lagi😱)

Nak carik kat jusco takda dah kat level bawah tu sebab dorang jual time cuti sekolah ke. Berkejar cari kat Ph.D kedai tutup la pulak hari ahad. Last2 terjah ke giant bandar kinrara saja..situ kan banyak kedai2 jual tudung.

Kedai pertama terus jumpa tudung si adik tapi si kakak bising kata singkat la apa la tudung tu.. Puas memusing akhirnya jumpa juga. Syukur lah..

Sibuk memilih tudung si ayah bawa anak yang lain ke pentas yang ada pertandingan mewarna.. Uiksss masuk pertandingan mewarna pulak ke?? Ummi rasa nak nanges.. Huwaaa

Dah la memang tak larat, ditambah pula diri rasa nak ke tandas time tu jugak, dengan lupa bawa pantiliner dah la ada sikit leaking(bocor ketuban sejak pagi)

Minta kakak teman ummi ke tandas sementara yang kecik2 tu mewarna. Rajin la si ayah menanti anak2 tu mewarna... Cina yang nak raya diaorang pun sibuk join sekali. Hahaha



Alhamdulillah tak sia2 menanti sampai siap. Dapat la jugak hadiah. Dapat nombor dua.



Hihi ni gambar masa mereka mewarna. Si kenit tu pun mewarna jugak konon2 nya..

Bila abang dapat hadiah dia tak dapat mulalah merajuk. Siap mencangkuk takmo jalan ke kereta masa nak balik tu sebab tak dapat hadiah.. Ehehe



www.tips-fb.com

2 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ekekekekeke mjur ummi tak menangis tang tu jugak bila adik mengamuk kt situ hihihihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ambil ajelah hadiah si abang tu, adik... Buat 'rampasan kuasa' jer... Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...