Thursday, January 8, 2015

Pisang Cheese- Malam Pun Boleh!


Assalamualaikum..

Hihi macam takda masa lain nak buat pisang cheese tapi... Memandangkan masa dah suntuk, takut kot la terbersalin awal tak ke merana anak tekak tak dapat ngap pisang cheese dari dapur comel ku? ... Haaa baek punya alasan!

Kebetulan kata encik z, semalam ada orang baru berniaga pisang cheese dekat dengan rumah kami. Dia nak beli tapi ramai pula beratur menanti. Tak jadi lah dia beli...

Senyum je LM dengar.. Haha, nak beli nanti beli untuk diri sendiri je la, saya takmo. Pesan LM. Ye la.. Segala bahan memang ada di rumah, pisang je takda. Memang lah tak berbaloi nak beli rm5 setakat berapa keping je pisang tu kot.. Anak yang empat tu dah la pemakan. Maknya pulak pantang jumpa pisang cheese, makanya takat rm15 tak jadik taik gigi kot untuk kami kalau beli.. ( giler kuat makan kan..)



Ni buat malam tadi. Pukul 10 kot buat,kebetulan encik Z meeting, duk la di dapur diam2 menggoreng pisang..

Ingat2 lupa pula resepinya.. Korang google lah sendiri ye. LM pun google gak resepinya.

Tepung untuk menggoreng:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 telur
1 sudu besar butter(cairkan)
1 sudu besar serbuk penaik(LM letak 1/2 sudu je)
5 sudu besar santan
Kunyit serbuk sikit
Garam

Untuk salut:
Cairkan butter 1 sudu besar lepastu matikan api dan masukkan 1 sudu besar susu manis. Gaul pisang dan kemudian letak parutan cheddar cheese dan boleh tabur coklat rice atau apa saja filling kesukaan, coklat sos, blue berry atau apa je..

Google lah ye.. LM buat ikut versi LM mengikut anak tekak sendiri je.. Hehehe

Dapur sendiri, rumah sendiri.. Nak makan apa pun tak jadi masalah. Lain lah kalau duk rumah orang, tak ke kena sindir kalau malam2 menggoreng pisang bagai? Ekeke

www.tips-fb.com

4 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Teringin la pulak....mana nak cari bahan atau beli yang dah siap ni... :)

Nur Inani said...Reply To This Comment

pisang goreng cheese memang sedaaaap :D

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Ai.. kenapa asyik terdengar org sebut pasal pisang je hari ni? Ai.. buat terasa nak makan pulak ni..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya baru 3 kali kot beli pisang goreng cheese ni. Kat gerai yang sama. Tapi betullah, LM. Tak cukup. Kebetulan si Abang suka pulak pisang cheese ni walaupun tak suka cheese. Setakat RM5 satu kotak polisterine tu, dia je yang mengunyah sorang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...