Sunday, January 4, 2015

Restoran Anjung Seri Serdang- Aku Ke Yang Tak Sabar?

Assalamualaikum..

Hurm.. Tengok tajuk pun korang boleh agak kot apa yang terjadi. Mesti sesuatu yang tak best..

Haishh..
Kebetulan kain sekolah agama(kafa) anak2 gadis ni belum dapat di cari,puas cari kat johor takda jual, cari kat jusco equine pun takda, maka kami bergegas keluar malam tadi ke plaza south city nak cari ke kedai Ph.D. Mahal sket pun takpe lah janji ada.. Mahal ke?kalau kain kakak dah rm30 lebih sehelai mahei la kot.. Bukan nk beli sehelai sebab sekolah lima hari seminggu kan..

Kedai tutup jam 9 malam.. Haruslah kelam kabut keluar lepas maghrib kan? Di tambah si bongsu tak jadik tu tido pula tak mandi2 lagi. Niat hati tak yah la mandi, angkut je (sebab dia akan ngamuk kalau bangun dari tido). Nak cepat la katanya...

Tunggu punya tunggu pukul 8 baru encik Z pulang. Katanya kena jadi imam la pulak, kebetulan ada tahlil dia terus cabut lepas baca doa tak dapat gi tahlil sebab dah janji nak keluar..

Ops sebab encik Z kata makan luar je la sebab lauk siang tu dah abis..kata encik Z.. LM ni kalau lapar nak makan orang je kerjanya. Padahal tiga hari tak makan pun bukan mati( owh gurau nampak??) wahaha..

Bab tiga hari tak makan tu okey lagi la, bab mengamuk sebab lapar tu memang pun. Sejak perut besar ni memang i sentap kalau orang lambat bagi makan tau! Lapar menggigil kepala lutut tau!!!

Sambung cerita...

Si bongsu tak jadik ni dimandikan juga.. Akhirnya 8.17 mlm baru gerak. Dengan redah jammed lagi 8.38 malam baru sampai.. Berlari lah i dengan pewut beso ke kedai yang tak tau arah mana tu ..takpe encik Z dah bagi tau (aras dua sebelah kiri).

Siap beli terus la berlegar mencari kedai makan area serdang tu. nak terjah kedai tak tau sedap ke tak memang ngeri. Perut lapar weii.. Kalau tak sedap kan sentap selera.. Kalau lambat?? Lagi parah.

Encik z bawa sebelah balai polis serdang, erkk nampak kotor kedai cam warung tu.. LM kata nanti lambat camne? Takut tak sedap pun ye..

Last2 masuk restoran lawa.. Namanya Restoran Anjung. Okey, memang lawa dan nampak banyak menu.

Dua orang tu order chicken chop, LM minta nan dengan tandoori, encik Z minta nasi goreng kerabu, maisarah pula nasi goreng cina.

Nasi goreng orang lain dah nak habis air teh ais kakak dan abang tak sampai2 lagi. Chicken chop pun tak nampak bayang. Mak aiii!! Air mata si abang dah berlinang..

ABC rasa masam.. Apa yang basi? Bila bagi tau dengan sopan mereka ganti baru tapi.. Tetap masam( kami syak sirap dia masam kot? Entah la.. Tapi memang masam, padahal ada kacang, jagung, cincau je pun. Apa yang masam?). Diam kan je la..

Haippp nasik goreng orang dah sampai roti nan ibu hamil tak sampai lagi???

I dah mula panas okey!! Si pembuat roti nan mata asik leka pandang tv. Sebab tu i angin. Kalau busy sampai macam lipas kudung tu i okey lagi la..

Bila dapat roti nan sampai sejuk ayam tandoori tak dapat jugak. Panggil punya lah payah baru nak datang. I kan montot berat, kalau slim cam dulu i dah gi kat dia dah..

Ya Allah, memang sabar je lah tunggu dia panaskan tandoori tu punyalah lama. Dah potong pun terkial2 nak hidang dalam piring. Sangat slow okey!!! Sangat slow! Mata asik nak tengok Tv.

Roti nan dah liat mana lah sedap. Rasa nak sembur je dengan kata2 'dah sejuk liat roti nan ni awak je la makan ayam ni. Roti dah tak boleh makan'. Tapi CAKAP DLM HATI je la.. LM telan je rasa marah dan pujuk hati biar cool.

Kalau ikut lapar perut memang habis roti tu dimakan tetap tak sampai ayam tu, tapi takkan nak ratah ayam tu tanpa roti? Haishhh.

Berlinang2 air mata tahan rasa marah. Memang servis sangat slow. Dah dapat tandoori baru lah chicken chop sampai. Siannya anak2.. Huhu

Lepas tu kena panggil lagi minta teh aois yang tak muncul2. Sabar je la...

Kesimpulannya, nampak kedai lawa belum tentu sedap pun..

Dan yang paling penting servis kena lah cepat. Ni kalau perempuan muda datang kau laju lap meja bagi menu, yang datang awal ni kau biar menongkat dagu tunggu meja kotor kau lap sampai 15 minit. Apa kes?

Untuk diri ni, takda lah kot nak ke sana lagi. Biarlah jadi sejarah. Takut tak mampu nak tahan sabar lain lak jadinya. Perut lapar ni mudah naik angin kot. Ahaha..


Clap clap clap.. Puji kat diri sendirik sebab tak keluar kata2 pedas walau hati panas membara. (Kalau busy buat keje i tak marah okey, ni busy mata melekat tgk tv!)

P/s: tipisnya iman.. Nampak sangat tak sabar kan? Muncung i dah macam muncung itik serama dah tahan marah masa tu. aummm!!
www.tips-fb.com

5 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

OH! baca pun rasa tumpang berasap ni...

CikAnie said...Reply To This Comment

salam kenalan
#3412
http://www.coretanhatiibu.com

NurEqa said...Reply To This Comment

restoran tu memang sy banned lama dah kak . kat situ pengotor . kain lap tu , die buat nya lap lantai pastu lap meja pastu lap pinggan . euuuwwwwww . lepas tu order teh ais , tetiba ada bijik2 limau yg mcm dah lama2 tu dlm tu . huuuuu . start tu memang dah tertahun2 tak pandang kedai tu .

Diana Rashid said...Reply To This Comment

restoran Anjung Seri Serdang pengotor , review Restoran anjung seri serdang , Restoran Anjung Seri Serdang servis lembab ,

Ni keyword sesuai untuk entry nih..biar diaorang punya staf google dan nampak entry ni.Nak marah depan2 kang kata pelanggan tak sabar..kan?jadi biar diaorang google je..heheheh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, saya ni kalau lapar memang akan sentap. Selalu juga masam muka bila tak dapat makan. Siap mengalir air mata lagi! Selalu kena gelak dengan Hubbydearie. Tak senonoh perangai katanya! Tapi bila perut dah berkeroncong, janganlah nak suruh kita minta bersabar. Memang iman tipislah, LM :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...