Sunday, January 18, 2015

Sabtu Dan Ahad-Apa Cerita?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih bernafas hingga ke hari ni. Walau keadaan diri tidak mengizinkan namun terselit cerita suka dan bahagia disebaliknya, syukur...

Sabtu...

Malamnya tidur LM memang tak lena. Memikirkan anak bertiga tu yang tuisyen tamat jam 12 tengah hari dan LM punya temu janji dengan doktor di hospital jam 11 pagi. Sudah tentu LM tak sempat balik sebelum jam 12 untuk ambil anak2.

Nak pergi ke hospital sendirian macam tak yakin la pula sebab tangan masih sakit tak boleh angkat, bahaya nak drive sensorang ke KPMC puchong.

Kebetulan bonda nak datang dari johor tapi bonda kata dia tak berani janji dapat sampai tepat pada waktu ke tidak. Jauh kan..

Padahal dah sentap.. Memang rasa sedih bila bonda kata tak berani janji... Sobss( orang peknen ni asik sentap je kan..)

Pukul 9 lebih keluar bawa mereka sarapan. Maka si ayah minta anak2 ambik kunci rumah dan jalan kaki balik sendiri. Yang besar beriya sanggup.. Katanya ala.. Dekat je.. Sobb jauh la jugak sebenarnya tau!

Air mata ni dah tak boleh tahan.. Dah meleleh sebab risau nanti anak kena culik ke apa ke. Last2 sebab dari pagi adik LM ada sms kata nak tolong hantar ke spital tapi LM tolak( sebab payah la kalau en z takda, nak isi form insuran bagai tu kan..). Terus sms adik semula minta tolong dia ambik anak2 tuisyen. Makanya terpaksalah dia berkejar dari puncak alam jemput anak buahnya.

Eh dah nak sampai puchong tengok kunci rumah tak diambil? Grrr nampak sangat cuai. Terus sms adik cakap kunci anak2 buahnya tu tak ambik, pergi lah ronda mana2 dulu.. Hehehe

KPMC Puchong
Punyalah ramai orang walau hari sabtu. Errr sabtu lah ramai kan? Sebab cuti!

Terus daftar, sampai2 dekat jam 11 pagi.temu janji sebenarnya jam 11.30 pagi tapi siapa cepat dia dapat la masuk dulu. Lagi pun proses LM ( ibu hamil ni) kan lambat. Nak kena cek tekanan darah, nak timbang berat badan.. Lepas tu ambik sample urine bagai.

Alhamdulillah baby sihat.. dah 2.2 kg. aktif..dan tentang contraction yang kerap jadi awal pagi tu doktor pesan kalau setiap sakit tu datang lebih 20 saat kena cepat2 ke hospital walau xde turun tanda sebab LM belum cukup 36 minggu lagi. takut nak bersalin pulak ..( doc perlu cucuk untuk matangkan paru2 baby dulu sebelum baby lahir)Pukul 12.15 tengah hari baru siap.. Letih giler( ni kira cepat gak siap sebenarnya)

Bonda sampai terus jumpa cucu2 nya, gi shopping itu ini setengah jam lepas tu baru LM sampai.. Lega tengok anak2 selamat:) padahal tak boleh tido duk memikir pasal keselamatan anak2 tau!

Balik2 tak masak apa pun sebab bonda dah bawa lauk dan nasi dari johor.. Sobsss terharu lagi😥

Untuk tebus rasa bersalah tak masak lunch.. LM goreng kan jemput2 usang geragau bersama kucai dan kopi o untuk minum petang. Encik Z beli pisang tanduk tu LM goreng la pulak. Lepas tu encik Z buatkan air kelapa muda sejug beso!! Perghh kenyang nya perut... Baby hepi, ummi gumbira!

Bonda tido di rumah kami sebab ahad( hari ni ,dia nak jemput adik yang habis exam di puncak alam tu balik ke johor).

Hari ni..(ahad)
Pagi2 lepas subuh encik Z dah ke kedai mencari nasi dagang.. ( bini sakit tangan la katanya..)

Tup2 ke dapur tengok bonda dah siapkan bawang ikan bilis bagai untuk buat nasik goreng. Dia tinggal sekejap ke toilet laju2 LM tumbuk dan terus tumis.. Hehe.. Tapi last2 bonda gak yang gaul nasik tu(tangan si anak kan sakit.. Tak boleh angkat sangat)

Lambakan makanan.. Arghh siapa nak habiskan??ayah bonda mula la kata takyah la masak, makan saja apa yang ada. Tapi, semalam encik Z dah beli dua ekor ayam, makanya LM gagahkan diri juga masak dengan bantuan adik bongsu( tu pun sorok2 masak sebab takut bonda tau)

Memula tu buat kek coklat moist.. Sambil2 kukus terus goreng ayam dan masak nasik tomato. Masa tumis ayam masak merah baru bonda perasan LM masak juga untuk lunch. Ekeke.. Masak nasi tomato je pun.. Lawan ngan salad. Tu je yang larat.. Buah lai campur kulit limau kisar. Ada kek coklat.. Kira okey la kan menu orang sakit tangan. Haha

Lepas masak tergolek keletihan.. Tup2 sedar2 encik z dah gi buat air laici sejug besar. Lelaju bangun intai2 kat dapur. Tapi tak tolong hidang gak sebab letih semacam. Sobss

Dalam 3 lebih bonda dan ayah pulang gi jemput adik yang exam tu dan terus pulang ke johor.. Walau ralat tak dapat buatkan roti untuk ayah bonda tapi gembira dapat luang masa bersama.. Syukur..

www.tips-fb.com

3 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Salam LM :) Saya dah datang ni *_* Lama betul tak singgah ke sini. Dari sehari ke sehari nak mai, tapi tak dan. Takut nanti terlewat, dah bersalin pulak si adik manis nih!

Eh, ni nak komen ke nak borak-borak nih! Biasalah MDkan ....

Bila due date sebenarnya ni? Lama tak ke sini hilang punca nak mengomen, LM! Kita baca lagilah ya ^_^

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Bila ada orang yang kita sayang kat rumah,tengah sakit pun tak terasa sakit..kan??

Kira Sakura said...Reply To This Comment

alhamdulilah. tengok bukti Allah dah mudahkn urusan akak dlm akak xsedar. sbb kan Allah dah kata. doalah dan akan aku kabulkn ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...