Wednesday, January 21, 2015

Siapa Jaga Anak?

Assalamualaikum...

Hurm.. Bila saya kata saya sampai migrain dan tak boleh tido sebab duk fikir nanti nak bersalin camne korang kata nanti semuanya akan lancar..

Okey dah, malas nak fikir. Memang hati ni gerun bila fikir nanti tetiba sakit nak ambik anak yang mana dulu dari sekolah sebelum gi spital? Kalau tinggal rumah sebelum ambik anak pasti la hati tak tenang sebab takut mereka balik dari sekolah tiba di rumah tengok berkunci pula nanti kan?

So bila Diana bagi soalan cam ni saya garu kepala...

"nanti dah bersalin siapa jaga anak2 kat rumah.Ada orang jaga kan ke?"on Hospital Bag For Dads
Diana Rashid
at 4:16 PM

Jawapannya: tiada siapa. Setakat ni memang takda siapa yang ada untuk jaga anak2 semasa saya masuk wad saat melahirkan atau selepas melahirkan.

Saya tak tau nak fikir macam mana, takat yang terlintas di fikiran ni jika saya sakit time siang dan anak masih di sekolah saya akan minta encik z jemput anak2 dulu dari sekolah baru gerak ke hospital. Kat hospital nanti anak2 boleh stay dalam bilik saya saat saya masuk labour room. Tu je lah yang saya duk fikir.

Ada tv dalam bilik, ada bilik air, siapkan bantal dan makanan rasanya si kakak dan abang boleh urus si kecik sorang tu. acha dah tujuh tahun takda masalah sangat pun rasanya, cuma akak dan abang perlu urus si kecik sorang tu je la nanti.

Bukan lama mana pun duduk dalam labour room tu, sejam dua je insyaAllah.

Terima kasih atas doa kalian, moga segalanya mudah. Jika malam boleh la minta bantuan adik LM urus anak2 buahnya jika dia dah balik kerja. Kalau tak.. Begitulah perancangan yg terlintas di minda setakat ni.


www.tips-fb.com

5 comments:

emieysandra said...Reply To This Comment

in sha Allah..moge semua berjalan lancar ye sis ;)

Kira Sakura said...Reply To This Comment

klu dekat blh jugak achik kira ttgk2 kn huuuuu

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Tak pe la..kakak dengan abang dia tu macam boleh diharap dah..lagipun diaorang setakat cuti sekolah sehari dua apa salah nya..heheh..

mamawana said...Reply To This Comment

Assalam.

Semoga Allah swt permudahkan.

Mummydearie said...Reply To This Comment

LM, jiran sebelah rumah pun bekerja juga ke? Tak boleh ke minta tolong mereka tengok-tengokkan sekejap?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...