Thursday, January 29, 2015

Sudi Jadi Penaja Untuk Permit Kerja Part Time Maid?


Salam..

Hari tu LM ada up entri cerita tentang part time maid yang baru LM gajikan minta kami jadi penaja untuk permit kerja dia. Terima kasih atas pandangan dan nasihat kalian atas entri tersebut. Bagi yang blur terlepas baca entri tu LM ringkaskan cerita.. Selepas dua minggu kerja dengan kami dia suarakan permintaan minta kami jadi penaja kepada perminta.

Dia ni takda permit kerja. So mac ni dia nak balik indon buat permit. Dia kerja tiga jam sehari selama 5 hari dalam seminggu di rumah LM dengan gaji 5** sebulan.( hampir menyamai gaji full time maid dua tiga tahun lepas kan?)

Selain kerja di rumah kami dia ni buat part time mengurut dan kerja lain juga. Dia nak hidup bebas macam sekarang tapi nak kami taja dia macam sekarang. Nanti kalau dia ada duit dia bayar sikit2 kos buatkan dia permit tu ( katanya)

Nampak tak dramanya di situ? Tiap hari duk tanya benda sama selagi kami tak bagi jawapan dia tetap tanya sebab nak cari orang lain untuk jadi penaja katanya( ada eh org nk taja dia tapi dia kerja dgn org lain?)

Hari ni nak tak nak kenalah LM terus terang cakap tak dapat nk taja dia. Encik z pun bukan selamanya kerja kat sini. Entah tahun ni atau tahun depan mungkin juga ditukar ke mana2.. Maka, memang la tak boleh nak taja dia melainkan dia kerja full time sama kami pasti kami bawa dia ke mana saja kami pindah. Tapi dia pastinya mau kerja bebas macam sekarang..

Hakikatnya memang TAK PERCAYA pun kat dia. Memang tak mau pun jadi penaja dia. Dah la dia duduk bebas kerja dengan orang lain kita pula berhabis ribu riban untuk buat permit dia. Tak pasal2 masuk lokap kalau dia buat hal. Memandangkan encik z pun kerja tak tentu sampai bila dapat bertahan di sinu, entah ditolak ke sana sini nanti kami bagi saja alasan itu pada dia. Walau berkali2 dia kata takpe kalau kami pindah pun.. Boleh je taja dia.. Hehehe( tetap x putus asa memujuk)

Mungkin dengan penolakan kami dia akan berhenti kerja.. Takpalah, ketentuan Allah tu mungkin lebih baik di masa mendatang. Berserah saja.

Kalau ikut encik Z dia minta lengah2 kan supaya dia ni tak buat hal lari sebelum LM bersalin tapi dah tanya tiap hari letih juga nak jawab. Baik terus terang saja..

www.tips-fb.com

5 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

takpe la kak. atleast dah kurang satu 'beban' akak. susah nak percaya orang sana kak. tambah yang muda dan banyak karenah mcm tu. belum jadi fulltime majikan pun dah berani buat gitu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Baguslah LM kalau tak menaja maid ni. Lain macam permintaan. Nak suruh kita taja tapi nak bebas, buat pelbagai kerja ikut suka dia. Tahulah nak cari duit lebih tapi apa pulak benefit yang kita dapat sebagai penaja dia nanti? Itu dia kena fikirlah, jangan fikir untung sebelah pihak je...

Takpalah, mungkin kalau diaa berhenti akan ada bantuan lain yang datang untuk LM, mungkin lebih baik lagi :)

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Mungkin dia bukan 'jodoh'. Lepaskan sahaja sebelum dia menjadi 'penyakit'.

Mudah2an Allah beri ganti yang lebih baik.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Dia ingat dia sorang cerdik kot..heheh

Anonymous said...Reply To This Comment

Pyh la za bab maid ni..stakat jumpa ni ada sorg je maid indon yg baik dan jujur. Ambik bwg sebijik pun utk kegunaan sndiri (nk bwk blk rumah sewa dia)dia akan bgtau. Tp rasa dh serik kot nk hire mana2 maid ni kalau x terdesak. -syariena-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...