Thursday, January 8, 2015

Syukur ..Dia Tak Pilih Kerja(Setakat Ini La..)

Assalamualaikum..

Kisah part time maid/cleaner lagi...

Bak kata mak juairiah..
"Mak cerewet bab iron baju tapi abah cerewet bab bilik mandi"

Ye.. Buat diri daku ikut abah kot diri ni cerewet bab bilik mandi. Bila orang cuci bilik mandi LM mau dia buat sama macam LM buat.

Dinding tu takmo nampak kesan putih sabun kat tailes tu. celah tailes tu takmo ada kesan kuning ke hitam ke.. Sinki bilik mandi tu takmo pilinya nampak tompok2 kesan sabun ke apa..

Makanya.. Setakat dari selasa, setelah diajar, syukur.. Kerjanya memang tip top. Tandas tahap berkilat lah digilapnya dari mangkuk sampai ke tepi2 .

Dia pun tak pilih kerja. Itu pun memudahkan urusan di masa hadapan. Sebab dia kerja tiap hari selain hari minggu(5 hari seminggu) maka semua kerja dia patut buat.

Di suruh lap tingkap dapur ke hood dapur ke semua dia mau. Minyak ke, kotor ke.. Dia rela. Syukurlah..

Mula2 memang payah. Kita letih sikit bab nak ajar buat itu ini tunjuk guna itu guna ini. Sabun itu sabun ini. Ye la.. Kata dia.. Ada rumah sabunnya sama saja guna semua. Tapi LM guna lain2.. Makanya untuk permulaan dia pening la sikit nak ikut .

Walau mulutnya becok cerita itu ini tapi kerjanya bagus takat ni. Lega juga hati ni, memang kena pantau sebab dia ni macam tak reti nak carik kerja. Blur lagi kot..

www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Bila dia dah tahu buat kerja senang la sikit..mulut becok tu ok je Lm..kalau diam je nanti kita sendiri tak tahu kot2 ada benda dia simpan dalam hati..kan??yang mulut becok ni senang sikit kita nak bercakap..sebab tahu dah sah2 dia akan balas balik.maknanya dia dengar..kalau yang diam je tu entah dengar ke,paham ke tidak apa kita kata..heheheh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Inilah yang buat saya tension bila nak cari orang gaji. Sebab itulah saya tak ada orang gaji. Saya ni cerewetnya lain macam sikit. Semua kena ikut cara saya. Sikit je berbeza, mulalah hati saya sentap. So, daripada saya asyik sentap je lebih baiklah saya buat semuanya sendiri. Padan muka saya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...