Saturday, January 3, 2015

Tahun Satu- Seronok?


Assalamualaikum..

Alhamdulillah si kecik yang naik darjah satu tu elok je tak menangis pada hari pertama dia. Menjawab soalan Haji Hafizin Jamil kita, sebenarnya dia gi sekolah dengan ayahnya. Ummi kebetulan ada temujanji dengan Puan Doktor di Spital makanya tak dapat join dari awal pagi ..




Ummi snap gambar dia dari tingkap. Ehehe..

Lepas balik dari spital terus berdezup dari puchong ke sek nak intai dia. Rupanya elok je berkawan.. Borak sakan dengan kawan sebelah.. Ehehe

Seronok la kot sekolah.. Sibuk duk cerita bab tandas la itu la ini la. becok sungguh! Nampak sangat berlawanan dengan mulut ummi dia. Ummi dulu diam je dalam kelas tau. Ehehehe

Moga segalanya berjalan lancar, yuran itu ini ayahnya dah bayarkan tadi, tak perlulah ummi gi panjat tangga bayar kat cikgu lagi..

Syukur, segalanya berjalan lancar dan mudah. Moga Allah memberi kelapangan rezeki bagi mereka yg susah untuk membiayai kos pelajaran ank2 mereka , amin.

Tadi, kata encik Z, ada ibu yang minta tangguh bayar yuran (termasuk tanda nama dan beberapa keperluan dlm rm80) pada cikgu. Katanya tunggu gaji..

Sian juga, maknanya anak dia lambat dapat name tag la kot.." Nak tolong bayarkan tengok bergaya pulak, macam bukan orang susah". ( adehhh baik benor la encik Z nak bayarkan yuran ank orang.. Hehehe)

P/s: selalu sangat jumpa orang kata susah tapi handphone kemain canggih, baju handbag kemain lagi.. Apa kata kita sedekah pada yang benar2 daif. Tu ayat LM pada insan2 terdekat la, tak ajak sesiapa ikut pun pendapat peribadi LM tu.
www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

kannnn???banyak aih jumpa orang gitu..kata susah ,merungut itu mahal ni mahal..tapi..bab nak berseronok tak kira mahal tidak,laju je duit keluar...

eh!terngumpat orang pulak..hehehe

Mummydearie said...Reply To This Comment

Susah banyak definisinya, LM *_*

Dah tau anak nak naik sekolah, kenalah standby tabungan tu siap-siap. Kalau boleh pergi tengok wayang, pi makan luar, yuran anak-anak tak akan tak mampu nak tanggung. Itu untuk orang susah yang bergayalah :) Yang betul-betul daif tu, memang simpati sangat. Bukan diminta jadi susah tapi dah nasib diri. Moga dipermudahkan buat mereka dalam menempuh kehidupan yang serba mahal sekarang ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...