Friday, January 30, 2015

Tak Bermaya- Takda Mood

Salam..

Dari pagi terasa badan sangat tak larat. Susahnya nak bangun dari perbaringan walau dah dua kali encik z kejut suruh bangun. Anak dara berdua tu dah mandi ummi masih tak masak sesuatu untuk sarapan dan bekalan mereka.. Huhu

*Sedapnya baring memeluk bantal.. Hehehe

Bila takut terlalu lewat akhirnya bangun juga. Ops dah 5.50 pagi. Terus saja menuju ke dapur. Tak sempat apa sangat dah...sekadar goreng bebola ketam dan sediakan telur hancur untuk dibuat sandwich untuk mereka sarapan dan bawa bekal.

Laju- laju siapkan sambil pakaikan si anak dara kecik tu tudung.

Lepas solat rehat kejap baring- baring lepas tu layan si kecik tu nak ke tadika. Ayahnya yang bawa mandi tapi tetap nak ummi( cis dasar ngada2 tau)

Lepas hantar ke tadika terus kelentang kelentung buatkan encik Z nasik goreng, lepas sarapan terus rest tak buat apa. Kebetulan part time maid tu tak datang tanpa berita . Dia sentap kot sebab takmo bayar buatkan dia permit kerja.

Tengah hari cuma buatkan bubur daging saja bersama kentang goreng campur lobak asin.

Petang bantai tido lagi macam orang takda kerja.. Grrr!

Agaknya diri ni makin sarat. Satu kerja pun tak jadi. Dah keluarkan butter plan nak buat biskut tak juga buat:(

P/s: tahun ni busy sangat. Kena hantar si kecik ke tadika .. Kena ambik dia. Kena hantar anak2 sekolah agama. Mereka dah tukar sekolah lain memang kena hantar mereka. Tu yang jadual penuh mengalahkan menteri. Ehehe

www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Biar dia sentap..mesti tak datang terus tu..Elok pun..boleh cari orang lain je ..

Saniah Ahmad said...Reply To This Comment

Biasalah ummi.. anak2 masik kecil lagi2 time sekolah memang letih sikit.. nanti bila dah pandai urus diri kesekolah sendiri baru lah lega kita yg dh tua sikit esok2 hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...