Tuesday, January 6, 2015

Tegas Dan Garang- Aku Kah Orangnya?

Assalamualaikum..


Hidup kena bertolak ansur.. Ye tak?

Tapi kalau asik mengalah je memang terkena. Entah la, kadang kala sedih dan marah tapi nak luah tak tau kat mana. Takut sangat dikata cerewet. LM bukan kerja pun, takda sahabat ke, bff ke.. Yang nak mendengar tiap celoteh luahan rasa hati ni pun..

Eh eh!! Ni kes apa?
Ye lah.. Bab part time cleaner/ maid yang LM ambik tu la. bab mengelat kerja, buat kerja tak padan dengan tempoh jam. Sedangkan kita bayar ikut jam.. Sobssss


Bila nak berhentikan orang memang lidah jadi kelu. Tak sangka diana bijak.. Bila dia bagi idea je terus saya copy ayat dia sket2 terus call. Ekeke

Eh, tak pasal2 blog jadi tempat luah masalah la pulak ek?

Bab maid baru.. Pun ada masalah. Ye lah semalam LM kena gi hospital ada temujanji dengan puan doktor, maka dia buat sambil lewa vacum dan mop kedua hall dan dapur saja. Tiga jam tu itu saja !! Nanges dalam hati!!!

"kali ni awak kena tegas sikit ..dah la awak nak berpantang nanti..kalau dia buat sambil lewa siapa nak uruskan rumah..tegas dan garang.bagi dia nampak sikit awak bukan main2 punya orang.."

Haaa tu dia.. Komen diana. Bab bagi pendapat bila blogwalking diana ni memang saya tabik. Dia takdanya komen macam main aum cak main tinggal jejak je. Mmg ikhlas dia taip bagi pendapat.

Saja copy komen dia sebab dia sebut garang tu. err rasanya LM ni garang dah kot, tapi kena tiup tiup kot sebab selalu je kelu lidah nak tegur orang.( ecehh alasan.. Kan?)

Hari ni..

Haaaa.. Siap sapu, vacum dan kemas dua bilik anak tu. bilik tetamu masih penuh kelengkapan sekolah LM tak bagi masuk dulu. Takut ada yang hilang entah mana dia sumbat lagi payah. Bilik LM tak yah masuk la.. Bilik solat esok la suruh dia gilap.. Haha.

Bilik mandi anak2 dan bilik mandi tetamu, lantai luar.. Dapur.. Semua dia cuit. Wow!! Hebat tak? Siap lipat baju lagi.

Beza kan ada majikan dengan takda majikan cara kerjanya?

LM tak marah pun walau hati mendidih atas kes semalam. Dia lebih tua kan.. Kenalah hormat.

Bila dia dah nak siap buat satu2 kerja tu LM terus bagi tau apa yang perlu nak buat lepas tu. kena guna itu, guna ini.

Cerewet?

Entah... Cerewet ke LM?
Tapi.. Takkan la berus untuk lubang tandas nak guna gonyoh dinding bilik mandi kan?

So , kenalah dia pasrah bila..

1. Akak.. Ni berus untuk tandas
2. Akak.. Ni untuk sental lantai ye
3. Ni span untuk akak cuci sinki dan dinding kamar mandi ye kak
4. Untuk mangkuk tandas ni guna span yang ini ye kak

Rasanya seminggu kot baru dia hafal. Ekeke..

Calar la kan tailes kat dinding tu kalau guna berus lantai tu kan. Tak payah pun, cuma kalau tak biasa maybe dia pening sikit kot.

Bab cara nak guna cecair serai wangi sekali tuang dua tiga penutup walau dah pesan 1/2 penutup je memang la pening sket,(mahai la jugak kan cecair tu, sebotol dah doploh lebih) Takpe lah slow2...

Janji kita senyum dia pun senyum. Nak pakai lama.. Lepas pantang lantak la apa nk jadik pun. Masa tu dah boleh ligat sikit kan?

Kadang kala malas nak jadik orang TEGAS. Tapi bila dah jadik gini bila baca komen diana, mak juairiah, kak zakie atas komen entri2 lepas LM rasa perlulah tegas sikit di awal2 perkenalan dengan dia . Baru dia tau tugas dia apa. Datang tiap hari pun tak guna kalau buat kerja lebih teruk dari kerja LM yang sarat ni . Huhu

Syukur.. Tq kalian sudi hulur idea dan pendapat. Nampak remeh tapi stress la jugak bila hadapi benda camni:(


www.tips-fb.com

3 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Mak selalau tak puas hati bab gosok pakaian, tapi ayah kata 'takpelah...janji bergosok'. Tapi bab cuci bilik air memang ayah selalu tak puas hati...

Waktu 'sidia' buat kerja, memang kami selalu tinggalkan rumah supaya dia selesa, tapi sesekali memang kami ada depan mata dia...

Mila Hilas said...Reply To This Comment

baik tu mmg kena baik kak..tp dlm baik tu memang patut tegas..kalo x nanti org pijak kepala..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Untungkan ada blog ni, boleh bertanya pendapat!

Dengan pembantu rumah ni dari awal kena bertegas sikit. Biar dia nampak kita garang pada mulanya. Bila tengok kerja dah elok, dah okey barulah boleh bual-bual kosong tapi mesti ada batasan. Jangan sampai dia takda rasa takut pada kita. Cara nak menegur pun kena gayalah sebab mostly memang mereka lebih tua. Jangan jadi macam kakak saya, bila tetamu datang rumah, orang gaji duduk layan borak dengan tetamu dan kakak saya yang pergi buat air!

Nayalah kalau gitu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...