Monday, January 12, 2015

Tiga Sekolah...Fuhh Pitam!

Salam...

Mula kan hari busy anda dengan senyuman..Hehehe

Syukur.. Dah ambil di kecik ni balik tadika. Nampak dia teruja dan gembira dihari pertama. Senyum meleret dia jalan pimpin tangan ummi sampai ke kereta masa balik tadi.

Tiga sekolah.. Banyak cabangnya kan?
-Si kecik tu ayah yang hantar pagi2, dan abangnya pun sekolah agama pun ayah yang hantar.

Mujur sekolah agama baru ni dekat je dengan rumah, lorong sebelah. Maka mudah la nak ambik abang balik sekolah agama.

Si kecik ni pun tadika dekat je selamg dua lorong. Takda masalah nak ambil tengah hari..

Letih?
- letih la juga sebab kena ambik anak sampai petang baru tamat sesi persekolahan. Mereka tak sama sesi kan..

Lepas ni akak dan adik( dua anak dara) tu balik sek rendah ( naik bas) nak kena hantar sek agama pula dan ambil pula petangnya..

Fuhhhh!! Mujur harini takda tuisyen. Kalau ada , ummi dulu yang pengsan.

Terkezut kot badan sebab hari ni hari pertama sekolah. Kena bangun awal siapkan bekal sebab bas sekolah sampai rumah jam 6.30 am. Nanti tak sempat sejuk pula bekalan makanan sebelum ditutup dalam tupperware. Risau basi..

Apa pun, harap sangat semuanya lancar sebelum ummi cuti lama nanti.. Hehe( bersalin tu cuti eh?)

www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Bila umi dlm pantang siapa agaknya yg nak pikul kerja semua tu..

Najib Ariyan said...Reply To This Comment

tu lah seronoknya jadi surirumah menguruskan anak.. memula memang kelam kabut... lelama tu nanti biasalah... surirumah adalah pekerjaan sepenuh masa dan memang berat... kalau tak takkan sanggup orang lain membayar banyak untuk dapatkan maid.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya hari ni lewat bangun..heheh...dah biasa bangun jam 6:20 ..hari ni pun terjaga time tu..padahal anak nak naik van jam 6 45..hahaha,,,..mujur la ayah nya hantar..lega rasa..heheh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Siapa yang akan uruskan LM dan anak-anak bila dalam pantang nanti? Takkan semuanya LM buat sendiri? Aduh, pengsanlah!

Macam kata saya tadi, itu tiga anak. Saya yang satu je pergi sekolah dah nak pengsan juga menuju ke malam :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...