Thursday, January 15, 2015

Tip Menyusun Buku Sekolah Anak- Selesai Masalah..


Assalamualaikum..

Dah hampir seminggu persekolahan bermula. Namun belum dapat lagi diri ni dapat menyesuaikan diri. Kepala masih tak mampu nak set kan untuk bangun time tu buat persediaan anak2..

Kalau dah terlewat bangun, baru nak masak bekalan anak, nak sejukkan sebelum boleh tutup tupperware, nak bancuhkan air bagai, lepas tu kena pula susunkan buku dia memang terasa macam nak pitam!

Baru enam tahun lebih, memang dia tak reti nak susun jadual pun.. Makanya, LM guna tips yang kiera sakura share semalam..



Tiap warna mewakili hari tertentu. Contohnya warna pink mewakili hari isnin, maka bila kita lekatkan ditepi buku, kita boleh tau buku tu kena bawa hari apa.

Syukur.. Mudah nak ikut cara ni..

P/s: betul2 tak sihat, dah la sejak petang semalam tgn kanan tak boleh angkat. Salah urat ke apa tak tau lah. Nak sikat rambut pun tak boleh. Huhu

www.tips-fb.com

6 comments:

Nur Inani said...Reply To This Comment

ada jugak tengok semalam dekat wassap :D

huda said...Reply To This Comment

da viral pasal tips ni kat fb...

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Yang pandai membaca pun kena lekat macam ni..Maisara ni kalau boleh semua buku nak bawak...nak baca time lapang katanya..dia tu bila masa dia lapang entah la..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha.. cikgu pun kena buat macam ni gak rasanya. Tahun ni saya ajar 3 subjek kena label juga supaya tak salah bawa buku ke kelas..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Bagus juga idea ni. Saya ni bab kemas buku kalau sempat lewat malam, kalau tidak memang awal pagi. Bangun je tidur pukul 5.30 tu terus kemas buku sekolah anak dulu. Ya, Abang dah Tahun 3. Bukan dia tak pandai kalau disuruh tapi Mommy mengada-ngada memang macam nilah. Nasib baik satu je anak yang bersekolah. Kalau ramai, mahu nangis-nangis setiap hari :)

Kira Sakura said...Reply To This Comment

senang kan kak bila buat cm ni hihihi. Fateh Uwais dh sekolah nt pun nk buat gini gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...