Thursday, February 5, 2015

37 Minggu

Assalamualaikum...

Syukur, kehamilan telah mencecah ke 37 minggu. Satu jangkawaktu yang amat payah untuk LM capai apabila mengandung.

Cuma kehamilan pertama saja dapat lalui saat 37 minggu sebab kakak lahir cukup 40 minggu. Si abang, si kakak kecik tu dan si adik memang tak dapat nak capai hingga sematang itu. Mereka lahir 4-5 minggu awal dari tarikh jangkaan. Silap kira? Haip ni bukan zaman kuno orang tak kira kitaran haid dan bukan doc bodoh tak reti scan tengok berapa umur baby .

Keadaan diri?

Hanya Allah yang tahu. Sangat lemah, tak larat bebenar. Nak jalan pun terasa payah. Rasa tersekat ada sesuatu celah kelengkang ni. Rasa baby bawah sangat dah.. Sobss

Penyakit?
Syukur keputihan teruk akibat candida yang dah berapa kali tukar ubat itu dan ini tu akhirnya dah beransur pulih. Tiada lagi rasa perit pedih akibat keputihan tu. Menyampah tau.. Dulu akhir- akhir kehamilan si abang kecik tu pun kena juga keputihan teruk. Cuma jenis berlainan je kulatnya.

Mula sakit dada... Nak tidur malam tadi amat payah. Sesak nafas sampai dada rasa sangat sempit.

Mimpi:
Sungguh!!! Hati runsing memikirkan kelahiran ni sampai setiap malam LM minpi bersalin. Mimpi penuh darah.. Mimpi dukung baby.. Haishh terbawa- bawa sampai ke dalam tidur. Apa taknya, sebelum tidur duk fikir apa perlu buat untuk anak- anak ke sekolah esok jika tiba2 sakit dan kena gi spital tengah2 malam. Menu apa yang ringkas si ayah boleh sediakan untuk anak dalam keadaan kelam kabut. Anak adalah keutamaan bila dah ada anak lain selain baby dalam kandungan ni.

Part time maid?
Hurm.. Lagi difikir lagi stress jadinya. Ikut dia je nak datang ke tak. Pening nak fikir baik tak yah fikir. Kita ambik dia kerja tiap hari sebab nak minta dia urus rumah, pakaian yang tak berlipat.. Tapi, dari basuh baju, mengampai, angkat, lipat, gosok, cuci pinggan.. Smua LM buat. So kerja dia cuma mop dan vacum je. Lap sikit2.. Ya Allah.. Andai kata memang dah tak boleh bergerak lagi tubuh ni... Adakah berbaloi gajikan dia sebab semua kerja tu dia tak buat langsung?

Okey.. Jangan fikir banyak, tak elok untuk baby. Betul??

Semalam dia tak datang. Kerja pukul 9, tapi pukul 9:30 baru call cakap tak datang kerja sebab ada orang datang mengurut kat rumah dia.

Datang hari ni pukul 9 .. Bla bla bla.. Sibuk agih nasik lemak dia eli separuh konon nak share ngan LM dan dengan tanpa rasa bersalah menyuap nasik lemak time kerja yang dibayar ikut jam sambil tuan rumah yang sarat mencuci pinggan satu sinki. Owh apakah????

Sabar?
Ye sedang sabar. Demi Allah LM gigit lidah ni supaya tak keluar kata -kata yang tak sesuai untuk didengar oleh seorang MANUSIA...

Wallahua'lam.. Segala catatan berlandaskan emosi yang kacau bilau . Emosi sakit hati dan perit pedih.. Maaf andai tidak sedap dibaca atau kurang budi bahasa pada bait katanya.

P/s: aku juga punya hati.
www.tips-fb.com

3 comments:

emieysandra said...Reply To This Comment

sy baca pn ikut stress jadinya psl part time maid tu..boleh die wt cmtu ek. kesian akak..bykkn bersabar, xelok stress utk baby tu nanti. Moga semua baik2 utk akak dan keluarga ;)

Kira Sakura said...Reply To This Comment

pecat dia!! pecat dia!! ekekekekeke :p

Kira Sakura said...Reply To This Comment

pecat dia!! pecat dia!! ekekekekeke :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...