Monday, February 16, 2015

Berat Dan Padat

Assalamualaikum..

Salam isnin buat semua..subhanallah, tak sangka kandungan ummi sudah melebihi 38 minggu. Kuasa Allah, agaknya baby dalam perut ni nak ikut macam kakak sulung lahir setelah genap 40 minggu kot? Ye la.. Yang lain tu kemain lagi takat 4-5 minggu awal dari due date tu perkara biasa..

Perut ummi kata puan doktor tak la besar mana, maka dengan berat baby yang dah mencicah 3.1kg tu amatlah padat perut ummi sampaikan sekarang ni nak duduk lama tak boleh, baring pun tak selesa, jalan dah terkengkang- kengkang.

Doktor pun kesian tengok keadaan diri ditambah pula keadaan diri semakin memberat memang bangun duduk sujud tu payah sesangat. Doktor bagi masa sampai abis minggu ni je.. Paham2 lah ye, kalau tak bersalin jugak, makanya sabtu ni gi KPMC kena bawak beg ummi dan baby sekali lah jawabnya. Memang doktor tak mau bagi baby duk lama dalam perut ummi sampai 40 minggu sebab keadaan ummi makin merundum kesihatannya..



Doakan semuanya selamat.. Ye betul kata diana, dia berharap LM bersalin masa LM demam haritu tapi contraction yg sangat sikit2 tak kuat tu cuma buat ummi cirit birit je tak buat jalan terbukak pun. Apa pun doktor dah pesan kalau makin kerap cirit birit terus je ke spital.. Dia risau jalan buka nanti ummi tak sedar..bahaya!

Contraction melebihi 20 saat? Yesss betul!! Kali ni memang contraction melebihi 20 saat tapi lepas tu hilang.. Takda pula ulangan sakit makin kerap. Saja je sakit main- main baby ni tau.

Segalanya telah Allah rancang dan atur, kita hanya mampu berdoa apa yang terbaik
www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

3.1 dah??mesti keluar bam bam nanti nih..Nampak mnya macam dia nak bagi cukup 40 minggu je ni LM..hehehe..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

geng dengan uwais sekali la. 40 minggu 5 jam 17 minit hihihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...