Friday, February 27, 2015

Check- In: KPMC Puchong


Assalamualaikum...

Sejak semalam memang terasa sakit tapi tak kuat so LM buat tak peduli je la. Tapi sejak
Isya' semalam sakit yang datang walau tak kuat mana tetap selang 15-20 minit sampai jam 2-3 pagi buat hati ni mula risau.

Pagi tadi sambung lagi sakit camtu jugak. Maka, lepas si kecik tu ke tadika terus saja encik Z usung LM ke spital. Bukan apa.. Duk santai kat rumah memang syok, tapi kot la sakit sikit- sikit tu bukak jalan makin besar nanti kalut pula nak menuju ke hospital . Kat puchong biasalah.. Jammed itu wajib kot kat flyover tu.

Makanya...

Terus lah 'berholiday' kat sini.

Di sebabkan family room yang kami booking penuh, dorang bagi bilik single dulu lah. Takpe kot.. Selesa jugak. Yang penting bilik tak yah share ngan orang lain



Abaikan katil yang kusut berselerak tu. duk bergelut berguling tahan sakit atas katil tu sampai renyuk seribu.





Ulang alik ke tandas entah dah berapa kali.. Ops tapi sejuk la pulak rasa petang ni, memang jadi kambing la kot tak mandi.. Ehehe

Plannya nanti dah sakit kuat sangat baru nak mandi . Ehehe( tu pun kalau larat)




Makanan tengah hari tadi.. Lapar sangat kot.. Sampai licin daku kerjakan. Bila contraction datang stop kejap..pastu gigil- gigil tangan menyuap lagi .

Untuk minum petang tadi bubur barli kot? Entah la tak tau bubur apa, ke.. Bubur gandum. Tapi Lm jamah sesudu dua je tak mampu nak telan sebab dah sakit sangat.




Rutin biasa... Berselirat wayar selagi perjuangan belum selesai.

KPMC puchong tak la jauh mana pun tapi bila sehari berkali- kali encik z ulang alik jauh la jugak.. Nak- nak hari ni anak- anak ada tuisyen, LM suruh la ayahnya urus anak dulu. LM okey je kot kat sini. Sakit teruk sangat nanti nanges je sensorang. Ekeke.. Boleh gitu?

Hati ni risau kan si kecik.. Yang besar tu takpe lah boleh urus diri sendiri. Si kecik tu takmo bibik( maid) uruskan dia. Kesian la pulak nanti dia nak mandi, nak kencing takda orang urus. Biarlah yang besar- besar tu gi tuisyen.. Habis tuisyen malam nanti baru lah si ayah jenguk ummi pula. erkkk jangan dah bersalin masa tu sudah.. sensorang dalam LR? sobsss...Allah sebaik- baik perancang, Dia tau mana yang lebih baik. InsyaAllah..

P/s: ampun maaf LM pinta atas salah silap pada kalian semua. Doakan LM selamat bersalin ye.

www.tips-fb.com

2 comments:

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

AKAK.... awin rindu!!
mcm mana nk contact akak huhuhuhu...
semoga semuanya dipermudahkan ye... harini bru bukak blog... huwaaa...

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kan. klu mandi mmg blh hilang sikit sakit tu. kira ritu berejam2 duduk dlm toilet sbb situ je rasa lega

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...