Saturday, February 7, 2015

Check-Up Kandungan- Seminggu Sekali

Assalamualaikum..

Kehamilanku dah melebihi 37 minggu. Makanya sekarang ni memang temu janji dengan puan doktor adalah seminggu sekali.

Letih?
Ye sangat letih. Bila kandungan dah besar, tempoh masa menanti nak berdating dengan puan doktor pun mengambil masa yang lama buat badan ni sangat lah letih sebab bila balik kena urus empat anak syurga yang lain tu juga.

Bila check up?
Disebabkan jarak antara KPMC Puchong dengan rumah agak jauh(eh 20 minit jauh eh?) dan payah nak pergi time anak sekolah, time encik Z kerja.. Makanya pilihan yang tepat adalah hari Sabtu.

Bila sabtu, memang terkejar-kejar sebab si kakak tuisyen di sekolah pukul 8 pagi. Lepas hantar kakak terus pergi sarapan dan berkejar ke hospital ambil nombor. Segalanya perlu cepat sebab nak berkejar balik sebelum si kakak habis tuisyen jam 12.30 tengah hari.

Bila balik dengan perut lapar, kepanasan, anak meragam.. Badan letih longlai... Haish apa pun tak boleh jadi.

Biasanya walau doktor dah set temu janji j
11.30 pagi, LM akan datang awal sebab siapa cepat dia masuk dulu. So, dapatlah siap awal takda lah sampai jam satu baru siap. Letih ooo balik lewat.

Biasanya nurse dah ambik sample urine dan ambik tekanan darah siap-siap. Lepas tu terus tunggu doktor je lah di tingkat atas. Kalau nasib baik takda orang nak bersalin cepat lah dapat jumpa doktor.Macam tadi, ada orang bersalin pukul 11 lebih juga kot doktor baru ada, tapi dapat balik awal sebab dapat nombor dua.. Hehe

P/s1:harapnya baby lahir lah sebelum tarikh check up hujung minggu depan sebab sangat tak larat dah sekarang ni.

P/s2: kalau cepat bersalin cepat en Z cuti dan cepat lah indon tu dicutikan.. Stress !! Boleh darah tinggi layan kerenah part time maid tu tiap hari.. Sobsss

P/s3: dah tak sabar nak cuti sebab dah berat badan nak hantar si kenit gi tadika, nak masak bila abang balik dari sekolah agama, nak kena berkejar ambik si kenit dari tadika dan hantar anak dara berdua tu ke sek agama pula. Dah berat!!! Dah tak boleh nak angkat kaki sangat dah. Sobssss



www.tips-fb.com

2 comments:

Ann Ishak said...Reply To This Comment

semoga dipermudahkan masa bersalin nanti

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kan bila hujung2 gini kena repeat dekat KK seminggu sekali mmg bebai sungguh rasanya ekekkekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...