Wednesday, February 11, 2015

Chicken Chop Homemade Atau Nasi?

Salam..

Dah beberapa hari encik Z beli peha ayam ni tapi sebab kesihatan diri amatlah tidak memuaskan maka projek membuat chicken chop tertunda berhari- hari.

Dah la tak sihat... Leceh kot nak cuci percik minyak lepas menggoreng tu nanti.. Sobss

Kemalasan bertambah- tambah bila mengenangkan stok serbuk roti memang dah lama habis. Maka... Itulah alasan terbaik kenapa ummi tak buatkan juga chicken chop. Weeee

Tapi.. Bila kenang- kenang balik, risau pula nanti kalau bersalin tak sempat pula siapkan untuk anak- anak syurg ni. Slow- slow ummi buat . Letih berdiri ummi duduk. Huhu



Tu dia.. Kentang putar dn jagung takda. Malas nak buat.. Boleh kan kat MALAS!

Sebab takda stok breadcrumbs makanya LM salut ayam tu dengan cornsflakes kisar + tepung kfc. Cuma salut dengan putih telur then letak pula cornflakes kisar yang telah dicampur tepung kfc. Takda cornflakes boleh kisar oat. Alaaa LM buat nugget pun selalu juga pakai cornflkes , lagi sedap kot. Tak serap minyak.

Errr hidangan ni macam kurang menggoda anak tekak ummi, makanya ummi makan sja nasi dan lauk ayam ungkep semalam. Sambal kentang dengan tempe semalam pun banyak lagi..

Nasik nasik nasik!!! Tak boleh berpisah dengan nasik sejak seminggu ni.

P/s : kuah terpekat la pulak.. Mujur takda saper kompelin. Sibuk mandikan si kecik petang tadi tak sedar terpekat kuah tu
www.tips-fb.com

2 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira yang tak ngandung ni pun malas buat chicken chop ekekekeke

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Nasik jangn la tinggal..untuk tenaga nak meneran nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...