Wednesday, February 4, 2015

Cuti Thaipusam

Salam...

Semalam cuti sempena thaipusam. Bila cuti tu ummi ingatkan malas la nak jenguk ke dapur. Tup2 semua orang bantai sambung tido. Ummi? Terpinga- pinga kebosanan akhirnya dalam tak larat terus campak tepung dalam breadmaker , ummi buat la sikit roti. Mana tau.. Kot la bersalin, ada juga roti untuk bekalan anak2 syurga ni esok hari.



Tettttt... ROTI YANG BELUM DIBAKAR

Buat roti pedas untuk mereka gara- gara kelmarin buat sikit tak cukup.

Sebab nak makan sendiri, LM buat kecik saja..

Doh:45 gram

Inti sosej,crabstick,capsicum,sos lada hitam, mayo dan tabur mozarella cheese.

Bakar 180 degree selama 25 minit api atas bawah.( ikut oven LM la..)

Sah... Memang benar jangkaan . Hari ni memang sangat tak larat nak bangun, makanya tak bangun awal sediakan bekalan anak2. Mereka bawa saja roti ni yang LM panaskan sikit terlebih dahulu. Sarapan pun mereka ngap roti ni tadi. Hehehe.

Selain roti ni LM buat roti intu kacang merah dan butter sugar lebihan tepung tu. dapatlah dua loyang lagi. Berbaloi- baloi.. 600 gram tepung dapat banyak hasilnya.




Close up roti butter sugar. Hehe tak larat nak buat patern canggih2.. Ni je yang mampu sebab dah tak boleh berdiri lama.

www.tips-fb.com

4 comments:

Tina Othman said...Reply To This Comment

rajinnya meroti

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kalau dah jenis rajin dalam pada tak larat pun masih gigih lagi..

asyifa mustaffa said...Reply To This Comment

Larat tak larat...klau pikir anak2 nak makan...mmg kena laratkan juga ye tak...

Ann Ishak said...Reply To This Comment

kuat ummi, sungguhpun tak larat tetap gigih buat makanan untuk anak2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...