Tuesday, February 10, 2015

Demam- Buka Mata Pun Tak Larat

Salam...

Sejak semalam demam melanda diri sampaikan nak buka mata pun tak larat. Buat saja apa yang mampu memandangkan si part time maid bertuah tu tak datang semalam. Hari ni pun tak datang jugak.

Semalam tak datang sebab katanya sakit kepala, hari ni tak datang tanpa utusan. Sepi aje. Aku yang dah sarat ni nak ke tak nak ke kenalah kuatkan diri. Dah kalau kau tu kerja tapi ikut suka hati nak datang ke tak sesedap rasa padahal dah tau orang gajikan sebab orang ni dah tak larat sarat dah weii ditambah pula kesihatan diri yang sangat merundum! Sobsss

So.. Semalam layan baring je. Sidai baju dua bakul je. Tak larat apa pun. Si abang balik sekolah agama baru gorengkan nasi goreng daging untuk dorang lunch. Petang layan tido lagi sampai pukul 6. Barulah bangun tanak nasi dan buat sup sayur dengan burung puyuh goreng berempah je.

Sejak pagi semalam hingga ke pagi ni tugas kejut anak hingga ke sediakan sarapan dan bekalan anak2 dah diambik alih oleh encik Z... Ummi tergolek layan tido. Mata sungguh la tak boleh bukak.. Huwaaa

Dah dua hari tak hantar si kecik ke tadika, dia pun tau ummi demam katanya. Lunch harini masakkan kuey tiaw goreng simple2 je., petang nanti fikir kemudian lah kot. Huhu

Apa yang penting rehat.. Kumpul stamina untuk push nanti.. Huhu

www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kesiannya dia... pecat ajelah maid tu dik. Geram pulak kakak. Macam tak faham pulak tuan dia dah sarat.

Banyakkan minum air sekarang ni panas siangnya membayang..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Setuju dengan kak Zakie..pecat je la..ambik orang lain je..suka hati datang tak datang..awak tak marah ke ..awak ckap la kat dia..

"hari2 kena datang tau..jangan kejap datang kejap tak datang..kalau kejap datang kejap tak datang,jangan datang terus..mulai hari ni ,lagi sekali awak tak datang ,saya tak bagi peluang dah.."

eh!!sorry..saya menghayati watak mem besor..heheh

Kira Sakura said...Reply To This Comment

eeeee geram betoi la dengan maid akak tu. dia tunjuk tocang dah la tu grrrrrr

kak jaga diri. tak lama dah lagi kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...