Monday, February 2, 2015

Fokus

Salam..

Sekarang ni memang dah tak boleh nak jalan sangat. Jalan dalam rumah pun tahap terkemut- kemut macam siput sedut. Memang takda lah bab meronda mall bagai tu walau tiba- tiba pagi tadi datang satu nafsu terasa nak shopping kasut dalam sepasang dua untuk pemuas nafsu... Haishh

Disebabkan kerap alami braxton hicks contraction, ditambah pula kerap cirit birit dan terkentut( antara tanda dah hampir melahirkan) makanya LM fokus pada diri dan anak- anak je lah sekarang ni.

Bila ada kekuatan dan masa free je terus sambil- sambil gosok pakaian sekolah anak. Bukan apa.. Risau nanti bekalan baju yang siap digosok habis tak sempat top up pulak. Bila tengok bersusun je kat penggantung tu lega sikit rasa hati ni

Ye la.. Tahun ni busy sangat.. Bila sarat makin terasa kesibukan tu sebab anak sekolah tak sama sesi. Sekolah agama pula kena hantar dan ambil sendiri berbanding dulu mereka sekolah tempat lain ustaz yang ambik hantar mereka.

Bila hantar sendiri memang terkocoh kacah, kelam kabut sambil bebel dan gaduh- gaduh suruh mereka solat dan makan cepat sebelum hantar ke sekolah agama.

Kena masak awal sebab jam 10.30 pagi si abang dah balik dari sekolah agama. Bersiap pula nak ke sekolah kebangsaan. Memang tak boleh leka...

Tengah hari berkejar ambik si kecik dari tadi lagi lah kena cepat sebab kalau lambat si akak kecik tu dah sampai rumah. Biasanya yang nombor tiga ni balik naik van si kakak besar naik bas sekolah. Biasalah.. Budak tahun satu kan balik awal..

Bila anak dah balik sekolah barulah lega. Nak rehat pun tenang je hati. Malam pula busy menyediakan apa yang patut untuk stok bekalan anak ke sekolah keesokan hari sambil jeling- jeling homework mereka.

Kadang- kadang tu kalut sangat sampai kan dah jam 12 malam baru sibuk nak gosok baju sekolah. Hehehe
www.tips-fb.com

3 comments:

Nooriah Abdullah said...Reply To This Comment

assalamualaikum kaknoor singgah follow sini,jaga diri ya dah saat2 akhir utk melahirkan ni, busy tu biasa lah bagi seorang ibu..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

rasa nak bangun tabik je kat LM ni..rajin tau..dah sarat2 pun boleh buat semua tu..

Yaya Azura said...Reply To This Comment

sekolah tak sama sesi mmg terkejar lah jawabnya.. tapi tabik lah LM..dlm terkejar2 ni..dengan saratnya..mcamm2 LM buat utk anak2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...