Friday, February 27, 2015

Homemade Roti Marjerin Kering


Salam...

Bertahun- tahun sejak kecil LM duk makan roti kering ni. Err kadang- kadang panggil biskut gula/ biskut marjerin...

Suka sangat sampai la ke tua. Ops tua sangat ke? Ekeke..33+ tu tua la kan..

TAPI... Sejak akhir- akhirnya biskut tu harap kuning je tapi tak terasa marjerin dan tak manis dah. Memang dah tak sedap macam dulu- dulu.

Maka... Bila nampak adik ku kiera sakura buatkan untuk uwais omey tergerak hati nak buat sikit. Tak sangka laris!



Kerap juga buat roti kering ni sekarang. Lebih bersih dan lebih sedap jika buat sendiri. Sapu je marjerin depan belakang roti, tabur gula dan bakar saja dalam 20-25 minit hingga garing dalam oven kesayangan kalian. Lepas sejuk boleh susun elok- elok dalam bekas.

Biasanya kalau sekeping roti dipotong empat tu jika buat sebungkus panjang roti tu dapatlah dalam 2 1/2 balang. Anak- anak syurga ni dapat la kudap depan TV .

Kadang- kadang jemu asik nak buat puding roti bila ada roti terbiar kan? Daripada berkulat baik dijadikan makanan.. Nyumsss

www.tips-fb.com

3 comments:

Mona Lea said...Reply To This Comment

saya suka makan roti ni. senang je membuat roti ni rupanya. terima aksih kerana berkongsi

Diana Rashid said...Reply To This Comment

33 tua??kecik hati kami tau...


hahahha

Kira Sakura said...Reply To This Comment

memang sedap tersangat kan hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...