Monday, February 2, 2015

Isnin Lagi- Rutin Bermula Kembali

Salam..

Hujung minggu yang tak berapa meriah telah berlalu sudah. Hurm.. Plan nak gi kenduri kat seremban umah akak angkat tak kesampaian bila tup2 keadaan diri tidak mengizinkan. Maka.. Terus cancel time tu jugak.. Melepak je la kat rumah lepas budak ni balik tuisyen.

Ahad pun suram.. Lepas sarapan golek je kat rumah. Encik z la yang gigih belikan makanan siang dan malam.. Sobss memang ummi tak larat masak pun. Sabtu pun encik z yang masak untuk family.. Ummi? Bed rest la kononnya.. Tak boleh gerak banyak.

Bila dah dua hari cuti, hari ni punyalah payah nak pujuk si kenit tu gi sekolah. Baju yang dah digosok ummi lipat molek terus masukkan dalam plastik( konon2 nak jual sebab dia takmo gi sekolah)

Oleh sebab dia ni sangat sayang harta benda dia, lelaju dia nak mandi gi sekolah. Haha menjadi juga lakonan ummi. Tak larat ooo nak marah2 dalam keadaan camni. Takmo gi sekolah okey je. Ummi tak kisah. Ecehh mulut kata tak kisah hati geram tuhan je yang tau.

Dia ni bukan main payah nak pujuk gi sekolah padahal bila cikgu pimpin tangan dia masuk tak toleh ummi dah.. Sampaikan si ayah duk pandang anak menonong masuk kelas tak kelip2 mata. Kita pulak suruh cepat2 beredar sebelum anak tu patah balik kejar ummi nak ikut balik. Ekeke

Biasanya drama swasta di pagi hari camtu lah.. Meraung melalak takmo gi sekolah sorang2 nak ummi teman tapi sampai sekolah lupa jap kat ummi. Grrrr!! Time balik pun buat dek je bila panggil balik. Owh adik.. Apakah???

Slow2 masak.. Just sambal ikan dan sayur bayam saja. Sesimple mana pun janji air tangan ummi, anak2 syurga ni tak kisah pun. Semuanya sedap .. Ekeke

Kain melambak sebakul entah bila nak lipat? Sobsss. Nanti la bila perutku slim rajin la kot? Hahaha.. Mengah betul perut ni bila melipat kain.

www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Bila masak-masak tu jgn ligat pulak gerak sana-sini. Buat pelan-pelan.

Adik tu sesaja nak uji Umi biar sabar. Nanti dah ada baby baru hilanglah semua peel nakal-nakalnya tu.

Saniah Ahmad said...Reply To This Comment

budak rumah ni kalau dah cuti lebih dari dua hari mulalah meliat nak bangun,, bila dah mandi air sejuk baru cergas je bawa bag ke school,,time nak bangunkan anak memang bermasalah sikit hihi,,

Diana Rashid said...Reply To This Comment

hehehhe..Suami saya selalu cakap adik ni mesti perangai beza dengan kakak..kakak suka sekolah,adik ni la nanti yang nak terjerit2 pagi hari tak mau pi sekolah..hahah..

Bila bayangkan keadaan syafiq ni boleh la saya gambarkan cemana keadaan Mikhail nanti..hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...