Sunday, February 8, 2015

Karipap Panas Tersedap Di Anak Tekak Ummi

Salam...

Tajuk yang sangat poyo!

Sudah berzaman tekak ni ngidam nak makan karipap daging. Tapi... Disebab kan diri ini amat cerewet bab karipap, maka wajiblah buat sendiri sebab:

1.LM paling benci beli karipap isi angin inti besar kelengkeng
2. Tak suka karipap letak serbuk kari, suka letak cili kering
3.suka karipap daging /ayam
4.suka letak daun sup dalam inti
5.suka karipap PANAS

Maka sebab kecerewetan tu kenalah buat sendiri kan?




Gorengan ke 5. Yang ni anak dara LM goreng. Dah tak larat nak bangun duduk sebab setiap kali lepas goreng semuanya licin.

"Awat macam muka awak meletus2 jerawat kat karipap ni?" Ummi bebel

"Mana kakak tau, ummi yang buka api besar camni" jawab kakak

Sobsss habis karipap ummi jadik macam katak puru. Kalau org jual ni sah2 ummi xmo beli kalau rupa meletop2 gini tau!!

Banyak ke LM buat?
Bila tak larat, buat pun takda lah banyak. Sempat cakap kat en z dapat buat 10 bijik untuk lepaskan ngidam ni jadik la.

Ye la..memang tak larat la nak canai lama-lama . Perut dah tak bagi kerjasama akibat baby menyepak2 bila duduk lama

Tapi bila canai dalam 10 biji encik z pun turut turun padang tolong buat maka habis lah buat sampai tepung tu habis. Adalah dalam 40 bijik kot.. Tak kira la pulak.

Untuk kulit tu LM guna tepung gandum campur dengan 2 sudu besar marjerin yang dicairkan. Uli pakai air sejuk ..

P/s: syukur.. Dapat juga makan karipap panas
www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

sama la kita..daun sup dan saya berpisah tiada..hehehe..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

syukur alhamdulilah encik z akak pun rajin tolong ringan tulang kan. kalau tidak bebudak tu merasa tengok aje la ummi makan 10 bijik karipap. ekekekekekeke :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...