Tuesday, February 17, 2015

Macam Kalut Je Harini

Salam...

Terasa macam kalut sangat hari ni. Konon- konon hari ni paling santai sebab cuma si kecik tu je pergi tadika dan yang besar dah mula cuti raya cina..

TAPI...

Si abang kan sekolah agama sebelah pagi, baju tak bergosok lagi, ummi dah la kalut sediakan sarapan dan bekalan kakak nak pergi tuisyen di sekolah pagi ni.

Mak aiii dalam kalut tu.. Maid tak bangun lagi. Sobsss dah pukul enam pagi!!!

I is penyabar kan orangnya??? Kah kah kah.. Duk jeling2 encik suami dia tak paham gak, last-last sambil encik suami buatkan sarapan tu lari kejap kejut si abang dan anak2 dara bersiap nak subuh( dah dekat nak azan masa tu) .. Terus ketuk pintu bilik maid mintak gosok baju si abang yang nak ke sekolah agama.

Memang lupa bab baju sekolah abang tu.. Sobsss. Siapkan bekalan si kakak nak ke tuisyen, siapkan si kecik.. Kalut aihhh

Last2 tak ikut pun si kecik ke tadika.. Tersadai letih. Encik Z gi beli ikan pun sendirian je lepas hantar si kakak ke sekolah untuk tuisyen.

Akhirnya maid minta jam loceng . Katanya dia tak sedar tadi. Saya kata takpe lah.. Nanti saya belikan.

Sebenarnya biasa pun tak jadi masalah kalau dia lewat tapi sebab baju lupa nak gosok kalut la sikit. Si abang minta lempeng pula untuk sarapan, dia nak cicah dengan kuah kari ayam semalam. Encik Z membancuh jemput2 bilis pun LM goreng separuh je. Tak sempat..

Bak kata kakzakie.. Masak sendiri untuk abak dan suami.... InsyaAllah, walau tak pernah bermimpi nak punyai maid( tetiba encik Z belikan maid.. Eh beli ke? Klu dah beriban tu beli la kot.. Ekeke).. Memang selalu berfikir kalau aku ada maid masak dan pakai untuk suami dan anak2 aku buat sediri..

Takat gunting cili buang biji tu LM minta la dia buat.. Supaya mudah LM nak guna nanti.

Cerita pasal kalut.. Tak habis sampai situ. Pagi pergi bawa maid dia nak masukkan duit nak hantar ke anak dia. Lepas tu baru nak tarik nafas dah melayan si kakak kecik yang ada kat rumah ni . Layan dia sarapan dan nak milo ais bagai.. Pot pet cakap itu ini. Lepas tu sibuk berbalas mesej dengan orang yang nak sewa homestay kami.. Duk call bonda sebab dia yang urus kan kunci rumah dan hal2 mengemas ni.

Si kakak balik tuisyen serentak dengan si kecik. Duk jengah kat tadika tengok tak keluar lagi si kecik. Dia ni kalau balik 12.30 mau- mau 12.45 baru keluar.. Tapi biasanya lagi lewat. So pusing terus ke sekolah kakak. Berkejar pula ke tadika risau si kenit lama menanti.

Balik je tengok jam dah pukul 1.. Kalut2 siapkan makanan untuk mereka lunch.. Masak sambal ikan je pun.. Yang ringkas- ringkas.. Phewwwww rasa mau tercabut jantung... Memang kena minta maid siapkan gosok baju sekolah anak biar tak kalut. Baju kita nak gi kedai pun kena bagi dia gosok kot.. Sebab semalam kan.. I nampak dia gosok tshirt dia. Aummm duk umah pun baju dia bergosok u! Kelas tak??so tak jadik isu kalau baju i duk umah pun bergosok kan? Hahaha..

www.tips-fb.com

6 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Alahai dik.. kena sediakan jam loceng betul tu. Tapi set jam 5:00 pagi. Tak boleh biar dia bangun pukul 6:00. Kita pun lagi pagi dari dia mana boleh. Lawan tokeh hihi...

Iron baju/lipat baju semua biar dia buat. Masak aje adik buat. Kalau tak nanti dia manja kita yg susah. Masa masak pun dia kena tengok. Ajar serba sikit mana tahu demam kita dia kena buat, kita tengok pulak. Tak boleh tinggal bulat-bulat. Takut juga kan...

uncle gedek said...Reply To This Comment

uncle ada Good Maid je...

huhuhu

Diana Rashid said...Reply To This Comment

hahahah..untung la.lepas ni baju dok umah pun siap gosok...

kehidupan sihat said...Reply To This Comment

salam perkenalan sis & jemput ke blog nana :)

Najib Ariyan said...Reply To This Comment

salam

kalau ikutkan senang dah hidup ada maid tu... ni kalut jugak nih... ishhhh... kena belajar jadi majikan lah nampaknya

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hahahahahahaha. agaknya dia boring kot kak. tu yang shirt dia pun dia gosok sekali. takpe la baju anak2 bg dia gosok. baju En Z je akak buat. kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...