Tuesday, February 17, 2015

Maid/Pembantu Rumah

Assalamualaikum...

Hilang sudah kisah rungutan tentang kak H si part time maid LM haritu ..

Selepas dia kejap hilang kejap timbul, jumaat dua minggu lepas dia datang jam 9.30(lewat 30 minit dari time kerja) dengan alasan duk angkut kerusi kayu yang orang buang ditempat sampah .

Uik..30 minit pun berkira? Mesti koranf kata gitu. Buat yang tak tau... Dia ni kerja dibayar gaji ikut jam.. Sehari kerja 3 jam saja seminggu 5 hari. Dah la kerja asik curik tulang, datang pun lewat camne tu? LM nak berkejar ambik anak balik tadika jam 12.30 tengah hari.. Dah kalau dia datang jam 10 pagi sah2 kena balik jam 1.. So, takkan nak tinggal kan dia sendirian di rumah???

Bila LM pesan kalau tak sempat datang sebelum jam 9.30 akak call saja lah cakap tak dapat datang sebab 12.30 saya nak ambik anak sekolah. Nanti dia nak aiskrim nak ke kedai lambat balik.. Sedangkan akak tak siap kerja lagi masa tu. Akhirnya dia sentap! Ye lah.. Mana boleh tegur kan? Dia nak ikut 'kepala' dia je

Isnin minggu lepas dia call kata sakit kepala tak boleh kerja( padahal isnin yang sebelum ni pun tak pernah datang dengan alasan nak mengurut orang.. Atau orang dtg nak urut kat rumah dia... Dulu sebelum kerja kata nak urut time petang, sekarang kata urut tu lagi lumayan dari kerja sini.. Haishh)

Selasa sampai jumaat tak nampak batang hidung. Call pun tidak. So, jumaat petang tu encik Z dah ambik kata bulat nak ambik full time maid.

LM diam je la... Ingat dia main2.. Tup2, ahad tengah hari agen call kata boleh ambik dah. So, petang ahad tu kami dah angkut maid bawak balik rumah.

Now, dah dua malam lah dia di rumah kami. Bibik siti panggilan yang anak-anak panggil dia. LM panggil dia kak siti je. Rupa macam 50-an atau lewat 40-an kot.. Entah la..

Doakan dia okey, tak buat hal, tak merepek bagai ye. Malas la nak fikir banyak sebab dah nak bersalin dah ni kan..

Dah la doc bagi baby membesar dalam perut sampai hujung minggu ni je.. Laju sangat pembesaran baby doc takut ummi tak bileh bertahan. Sekarang ni pun jalan macam apa ntah.. Duduk lama pun tak boleh.. Sobsss

Maid okey ke?
1. Masa jumpa kali pertama permintaan LM mau dia solat. Mau dia jemaah sama time maghrib dan makan pun sama2.. Dia setuju. Tapi katanya takda mukena( telekung)

- sentap!! Takda telekung?

Penyelesaian: takpe kak.. Pakai saya punya saja..

Keputusan: dia menurut. Solat berjemaah dan kalau subuh atau zohor ke yang lain tu dia solat sendiri.. LM intai selalu. Kalau buat kerja tu memang suruh stop suruh dia gi makan dan solat pastu baru sambung. Takat ni tak nampak dia degil lagi ke apa..

2. Pakaian
- tadi dah cakap kat en Z.. Harap sempat nak gi Giant nak belikan seluar panjang kat dia. Adoiaiiii dia duk pakai seluar paras lutut duk menyapu luar rumah i. Sobsssss

Tambah LM lagi.. Takmo lah saya bersalin nanti orang datang tengok maid saya pakai seluar pendek gitu.. Huwaaaa

Penyelesaian: encik Z kata okey!

Lain- lain masalah takda la takat ni. Ye lah sebelum ni dia kerja dengan orang putih kawen dengan pompuan indon gak.. So paham2 lah kenapa dia takda telekung kan?

Hati kecil ni amat takut apa2 yang tak elok terjadi. Namun.. Berserah saja pada Allah.. Dengan harapan jika dia solat perangainya akan baik, insyaAllah..

Bab kerja:
Takat ni tip top.. Entah brp kali menyapu pun tak tau.. Kita lak naik pening tengok asik pegang penyapu je

Kata- kata akhir:Terima kasih encik suami sebab tetiba bagi kejutan hadiahkan maid.. Sobss terharu . Keadaan diri yg sangat lemah sekarang ni amat memerlukan bantuan . Syukur.. Masih mampu memasak utk anak2 dan suami walau diri ni amat lemah .

Dia yang kupas bawang, dapatlah LM masak utk sarapan, bekal anak dan makan kami semua. Tapi bekalan pagi biasanya en Z yang bantu masak... Hehehe

Pakian kerja dan baju melayu untuk en Z ke surau je lah LM yang urus. Lain tu semua dia bantu selesaikan.

www.tips-fb.com

5 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Dik kakak nak ulas panjang sikit demi kebaikan keluarga.

1. Pastikan dia sentiasa menutup aurat bila en Z ada di rumah atau ada tetamu. Kalau belum beli kasi dulu adik punya jgn bertangguh. Itu tanggungjawab kita. Dosa sayang.
2. En Z tak boleh terlalu banyak cakap dgn dia. Biar isteri yg memberi arahan instead of suami. Sesekali aje boleh.
3. Kena selalu ingatkan time solat
4. Jadikan rutin kupas bawang-bawang, siang ikan bilis, cili kering siap-siap masuk bekas dan simpan dlm fridge utk digunakan
5. Sebaiknya adik masak dan siap semua makanan utk keluarga. Lepas masak biar dia yg kemas.
6. Bilik tidur kemas sendiri.
7. Iron baju, bangun pagi kena tetapkan masa.
8.Walau kemana pergi kena bawa tak boleh tinggalkan dia sendiri di rumah.

Moga semuanya berjalan lancar..

Saniah Ahmad said...Reply To This Comment

alhamdulillah,, ringan sikit bila LM dah bersalin nanti ,, adalah orang tolong tengok2 kan kat rumah tu,, kalau dah kerja nanti tapi masih guna maid,, eloklah pasang cctv untuk keselamatan anak2,,

Kira Sakura said...Reply To This Comment

Alhamdulilah padan muka ko maid part time ngiahahahahahahahha

Fendi Rocka said...Reply To This Comment

cuma nak cakap, maid tu sangat beruntung.

Mila Hilas said...Reply To This Comment

mujur suami memahami..tp LM kena hati2 lah selalu...kdg2 maid ni pndi blakon dpn kita..semoga urusan sis dipermudahkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...