Wednesday, February 11, 2015

Masa dan Tenaga

Assalamualaikum...

Masa dan tenaga.. Padaku ia adalah anugerah Allah yang tidak terhingga.

Masa- masa sarat begini amat getir buatku. Opsss dah 38 minggu kehamilan, bila nak keluar ni baby!!! Hamil yang pertama je cukup 40 minggu yang lain tu biasanya awal tapi bila kali ni ditunggu kelahirannya lambat pula si manja ni nak keluar ye?

Jika Allah jadikan kita cukup masa 24 jam sehari maka cukup lah. Tapi selalu je rasa macam sesak nafas tak cukup masa.. Hehe.

Macam malam tadi sebelum tidur tak sempat nak gosok pakaian sekolah si anak dara kecik. Makanya sambil en z menggoreng mee untuk bekalan anak2, ummi gigih gosok baju anak dara kecik dan si bujang kecik. Entah kenapa letih sungguh malam tadi sebelum jam 12 dah masuk bilik ajak si bujang kenit tidur. Memang sedar pun encik Z menyidai baju pukul 12 lebih kat luar tengah- tengah malam tu tapi mata ni macam kena gam!!

Tenaga...

Makan lah banyak mana pun dah kalau Allah tetapkan tak boleh buat tetap tak boleh. Tetap tak mampu buat. Entah la.. Si indon part time maid tu memang dah tak tunjuk batang hidung dia sejak isnin. Makanya lepas encik z gi kerja terus saja LM terbaring atas katil sampailah time nak ambik si kenit balik tadika.

Kumpul kekuatan untuk siapkan si anak dara nak pergi sekolah agama. Ye la, dia ni mungkin sebab belum biasa sekolah dua sesi pagi petang kadang kala ragamnya tak boleh jangka. Asik nak menangis je menggugat kesabaran ummi yang berat jalan tak larat angkat kaki ni. Risau je ummi hilang sabar. Tapi... Syukur sangat sejak isnin si indon tak mai ni dan sejak keadaan diri makin teruk si anak dara kecik ni tak meragam la pulak.

Ye ummi tau dia letih pagi pukul 5 lebih dah bangun, petang dekat jam 6 baru balik. Maghrib sibuk berkejar pergi ngaji dan malam pula kalut nak pergi tuisyen.

Ni tengok mood dia dah okey ummi pun lega.. Dah serasi agaknya dengan jadual baru dia. Si bujang kecik pun dah tak kisah sangat ummi tak hantar ke tadika sebab ummi demam katanya.

Nak makan sangat takut membesar jadik beruang kutub pula tapi rasa asik gigil macam takda tenaga je lah pulak sekarang ni.. Huhu

www.tips-fb.com

2 comments:

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

kesiannya ummi.. bila dah makin sarat ni mmg perlu orang sekeliling memahami.. insya allah.. anak anak paham walau pun diorang masih kecik.. semoga dipermudahkan ye..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

makan je kak. takde nya jadik beruang kutub. tenaga akak dah banyak pakai. kalau tak top up macam mana badan tu tak gigil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...