Wednesday, February 25, 2015

Masak

Assalamualaikum...

Makin hari semakin malas nak memasak. Beratnya badan ni tak boleh nak bawa dah kot.. Ehehe.

Tapi bila fikir anak- anak syurga ni sentiasa berselera walau menu simple yang ummi mereka hidang dikuatkan juga tenaga untuk berdiri memasak sekejap.

Takat ni memang lah LM yang masak. Memang dulu, walau tak pernah sekelumit bermimpi nak punyai maid pernah juga kata dalam hati kalau ada maid aku akan masak sendiri. So... Cakap juga kat maid nanti saya sakit atau dalam pantang baru lah akak masak. Risau juga dia fikir apa- apa bila LM berkeras nak tanak nasik sendiri dan masak semua tu.

Cuma.. Segala bawang,dia yang kupas.... peralatan memasak tu dia lah yang cuci. Kalau si kenit mengamuk memang bibik la terpaksa duduk depan kuali menghadap ikan keli walau berapa kali dia melompat terkejut.. Ekeke( LM gelakkan aje, dia takut betul kena muka dia. Sape suruh tak slow kan api?)

Maid ni takda masalah pun takat ni cuma banyak benda yang dia tak berapa paham. Kena bagi tau selalu.. Tu je la. Bab makan pun dia tak cerewet so mudah sangat lah kot? Kadang- kadang tu tengah hari tak larat nak masak lauk LM goreng kuey tiaw je.. Dia telan je lah tanpa banyak songeh.

Walau dibayar gaji atas khidmatnya tapi kena juga tegur dengan berhemah kot.. Takda pengalaman lagi ada maid, risau je dia cabut lari. Bila tegur pastu borak la balik macam biasa supaya dia tak sentap. Janji kerja dia beres dah la. pukul 2-3 petang semua baju dah siap dilipat dan digosok tu kira cemerlang la kot pencapaian dia sebab baju di rumah ni memang 3-4 bakul besar dalam sehari.

Bab memasak.. Malas camne pun 2-3 kali gak memasak so lantai dan dapur berkecah tu laju je dia lap balik, kilatkan hood dan kilatkan montot kuali.. Ekeke(ops dia yang rela duk menggilap montot periuk dan kuali sampai bersinar2 ye.. I tak suruh pun)

Masak , makan... Makan dan makan lepas tu masak lagi. Haishh tak sabar nak cuti(bersalin) . Biar chef baru pula masak lepas ni. Encik z dah tak sabar nak jadik chef dah kot. Sehari berapa kali duk tanya bila nak beranak ni? Ehehehe

www.tips-fb.com

4 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

ok dah tu kalau dia tau apa dia kena buat..yang penting ada usaha nak belajar..kan??sementara dia nak biasa...Biasa nya kalau cepat buat kerja cepat la siap,cepat la oleh berehat..ye dak??

Ann Ishak said...Reply To This Comment

terbalik pulak ek, selalunya si suami yang mengelat bab2 nak masak ni :p

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Hehehe....smg diprmudahkan dik. Adik dh x guna no lama ek.akk sms org lain yg jwb. 😜😜😜

Kira Sakura said...Reply To This Comment

alhamdulilah dpt maid rjin buat kerja hihi. bab masak mmg rata org yg ada maid semua mmg masak sndiri. air tgn agaknye kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...