Wednesday, February 25, 2015

Sorok-Sorok Sidai Pakaian Dalam

Assalamualaikum...

Hehehe.. Tajuk bukan main lagi kan?

Ada yang suka sidai pakaian dalam di luar, ada juga yang sidai di dalam rumah, ops ada juga suka sidai di bilik mandi.

Aduh duhhh duhhhh! Yang suka sidai di bilik mandi tu rasanya kurang sesuai kot? Dah la bilik mandi tu kurang cahaya mentari, kalau kering pun pasti baunya kurang enak, ye tak?

Ditambah lagi jika sidai di kamar mandi yang diguna oleh semua orang( maksud LM bukan kamar mandi di bilik sendiri). Bayangkan jika ada tetamu hadir, sempat tak agaknya kita nak sorok pakaian dalam sebelum tetamu nak tumpang guna tandas😉. Sangat lah tak sesuai tempatnya..

Ada yang suka menyidai dalam rumah. Ini bagi yang tak punya anak ramai, mereka akan sidai pakaian di bilik khusus.. Termasuk pakaian dalam. Haihh ikut la kan.. Nak
Sidai mana. Kalau LM memang la takmo sidai dalam rumah, baunya tak segar ditambah rasanya tak syok selagi tak kena matahari.. Pemalas camne pun tetap daku gagahkan diri sarung tudung gi sidai kat luar, senget benget tudung pun takpe kalau tergesa- gesa nak angkat kain time hujan datang melanda di saat buat taik mata di tengah hari.. Ekeke

TAPI.. Kalau sidai kat luar tu agak- agak la. jangan la biar tergantung jelas siap hanger lagi seluar tiga segi tu! Malu kot?? Cuba sorok sikit.. Agar tak la dari jauh terpandang seluar tiga segi tu warna warni gitu.

Semalam....LM duk hantar si kenit ke tadika. Ternampak la ada satu rumah ni kain dah bersidai. Ops seluar tiga segi dan branya dia sangkut betul- betul di hujung ampaian roda tu. jelas betul.. Tak sorok langsung.

Selama ni selalu duk puji lantai rumah tu berkilat sampai luar pagar. Puji giler la kerja maid kat rumah tu.. Tup- tup bila tengok cara maidnya sidai pakaian dalam terus tepuk dahi! Dalam hati duk kata" kalau bibik aku.. Siaplah kau kena ceramah!"

Pakaian dalam ni kan sangat lah sulit. Tak patut kot kita bagi orang nampak saiz apa seluar tiga segi kita dan pakaian yang macam nasik lemak tu saiz apa. Dari jauh orang boleh tau saiz dan intai pakaian dalam kita. Segan kan?

Siap pun kita, mahal mana pun pakaian dalam kita walau jenama apa pun kita guna kenalah kita sembunyikan apa yang patut.. Wallahua'lam...itu cuma pendapat LM saja.

P/s: sifat malu itu hadir bersama maruah.. Islam tuntut kita untuk ada sedikit perasaan malu atas beberapa perkara. Betul tak?
www.tips-fb.com

7 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

satu line kat ampaian tu biasanya saya sidai kain batik..atau kain pelikat suami...kat bawah tu la saya selit2..lain batik dan kain pelikat biasanya tak tebal..kan??jadi memang kering dengan sempurna la..tapi kalau musim hujan saya sidai kat bilik belakang...bilik belakang tu stor tapi memang ada tingkap dan bilik tu agak panans jugak,.sesuai la nak jemur2 nih..

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Kadang2 kita kurang sensitif pada perkara2 sebegitu...

Mona Lea said...Reply To This Comment

saya sidai kat luar rumah. tapi yg kecik2 tu saya sidai celah2 antara baju anak. memang segan kalau org nampak.

Lea IsNawi said...Reply To This Comment

sebab tu mak selalu pesan sidai pakaian dlm umah

sud@is said...Reply To This Comment

setuju 100% dgn LM

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

belum bersalin ye LM...
semoga terus sihhat ye LM...
rin doakan segalanya dipermudahkan untuk LM

Kira Sakura said...Reply To This Comment

klu rumah sini biasa sidai dlm rumah je. bilik tgh kena cahaya. rumah depan surau depan padang. segan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...