Thursday, February 26, 2015

Tidur

Salam...

Eh eh... Baru LM perasan sejak semalam memang kerja LM tidur dan terus tidur. Mungkin sebab malam tak dapat tidur lena asik terjaga sebab tu dah dua hari ni duk bantai tidur tak ingat dunia.

Bangun pagi pukul 5.45 tu duk siap kan bekal anak.. Pembantu khusus pastilah encik Z... Dah tak larat dah LM nak pegang senduk kuali dalam keadaan sarat menanti kelahiran si baby ni .

Masak lebih kurang je pun.. Siap masukkan dalam tupperware, pakaiakan si anak dara kecik tu tudung lepas dia solat subuh dan tunggu dia sarapan. Lepas tu dapatlah baring kejap lepas bagi si bujang kecik susu sebelum layan dia bersiap nak ke tadika.

Yeayy lepas dia ke tadika terus sarapan.. Bibik( maid) tak kisah.. Dia telan je apa pun yang LM masak. Nasik goreng kampung pedas giler pun dia telan tak banyak songeh. Yang penting air tangan ummi.. Ye dak?

Lepas tu.. Zzzzzz tidur lah sampai jam 10.30. Baru terhegeh- hegeh nak masak untuk lunch. Siap masak bum tidur lagi sampai lah time makan. Hihi.. Petang sambung baring lagi. Letih lesu badan ni tak tau kenapa. Terasa amat ketara pula letihnya dua hari ni.

Mujur si bujang kecik tu tidur lepas zuhur.. Dia tak banyak kerenah. Meragam sikit tu adatlah.. Minta perhatian. Mujur juga encik z dah mula work from home sejak semalam. So dia lah yang urus budak sekolah pergi balik. Syukur sangat.. Ada hikmahnya juga dia boleh work from home..

Ops ni dah mula rasa nak landing.. Surah al- kahfi tak siap baca lagi ni. Huhuhu

www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Abam syafiq dah pandai kot sekarang..dah tak banyak karenah..bab nak manja2 tu biasa la LM..maisara ni pun kadang2 tengok tv pun tetiba nak berpeluk..layan kan je..hahahah

Miz Eija said...Reply To This Comment

Salam perkenalan LM... mmg senonim ibu prggy dan tidur hihi... bila due ni LM?? jemput singgah blog eija ye LM

#follower 3413 ^_^

Kira Sakura said...Reply To This Comment

letih ni petanda nak bersalin ritu kot ye kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...