Sunday, March 1, 2015

Alhamdulillah- Selamat Bersalin


Assalamualaikum...

Lambat update. Apa pun tqvm buat kalian yang sudi mendoakan baby dan ummi. Syukur.. Allah masih panjangkan umur ummi. Akhirnya ummi berjaya melahirkan baby boy jam 8:05 minit malam pada hari jumaat 27 feb 2014.



Perkenalkan.. Inilah baby boy kami. 3.32kg. Selamat sudah.. Alhamdulillah.

LM gerak ke KPMC pagi jumaat.. Santai- santai saja sebab takut jalan jam, maka terus gerak lepas si syafiq ke sekolah. Sejak malam sakit datang selang 20 minit tapi tak sakit kuat cuma sakit manja je

Gi ngeteh dulu isi perut kat kedai mamak. Terus masuk LR macam biasa dorang cek jantung baby bagai.

Sebab dah ada sikit contraction maka jam 11 pagi doktor terus masukkan ubat induce. Masuk dulu wad sementara tunggu jalan buka.

Encik Z berkejar balik sebab nak ambik syafiq sekolah. Kebetulan hari jumaat pula, so lepas jumaat la baru dia berkejar ke wad semula.

Dalam pukul tiga baru encik Z sampai. Lepas masak untuk anak- anak syurga tu. masa encik Z datang dah mula sakit yang aummm.. Kejap- kejap mendesah juga terkeluar suara ni sebab sakit induce kan melebihi sakit biasa. Tak stop punya. Tak bagi can. Ehehe

Pukul 4 petang: ketua bidan datang cek jalan. Bukaan baru 1.5cm-2 cm. hati duk kata nampaknya lewat malam lah baru bersalin ni.

Disebabkan hari dah nak hujan, encik Z bawa laptop bagai dah la dia bawa motor ke spital maka LM suruh dia balik rumah dulu. Takut ditimpa hujan. Lagi pun jalan baru bukak sikit kan.. So dekat pukul 6 dia pulang. Nak urus anak tuisyen lagi malam ..LM pesan minta dia datang pukul 10 malam lepas anak abis tuisyen.

6:15 petang- doktor datang , bagi tau dia nak balik kejap. Eh kenapa tak makan? Dia pujuk suruh makan macam pujuk budak umur lima tahun.. Huhu

LM kata jalan baru bukak tak sampai dua. Lambat lagi kot.. Dia terus bagi kata semangat suruh sabar menanti jalan bukak. Makan la.. Nanti jap lagi nak bersalin takda tenaga pula. Lepas ni terus ambik suntikan tahan sakit, nanti jalan bukak dah besar tak boleh suntik lagi dah . Dia kata gitu.

Doktor nak cek jalan lagi tapi LM takmo. Baru lagi cek.. Malas la pulak. Sobss

Terus makan dan sambil ketaq- ketaq tangan menyuap duk terpikir nak ambik la ubat tahan sakit. Macam dah tak larat dah

6.45 lebih kurang, bidan cek jalan tengok dah 3.5-4 cm bukaan. Dorang terus pam berak dan nak bawa ke LR.

Terus call suami6.55 petang minta takyah hantar anak tuisyen dan terus je ke sini sebab dah nak masuk LM. Duk ulang alik toilet sampai tiga kali kot. Rasa macam tak lawas je. Sobss

Dah pukul 7.05 duk tunggu nurse bawa ke LR perut dah rasa tak boleh nak tahan dah. Rasa nak jalan dah tersekat. LM mundar mandir dalam bilik entah berapa pusing sampai pegang katil duk gigil2 tahan sakit . Konon nak bagi jalan cepat buka.

Capai vco catalytst dua biji terus telan, kurma ajwa sebiji dan teguk air selusuh. Terus ke LB lebih kurang 7.15 malam.

Sampai Labour Room kena tukar selipar pula. Turun dari wheel chair terus tak boleh jalan. Dah nak terduduk duk tekan perut. Berpapah juga masuk LR gaya cam nak beranak benor je .. Hehe

Pasang segala itu ini kat perut.. Sabar menanti. Sobsss. Sakit datang kemain lagi sampai gigil satu badan. Telinga duk dengar je bidan kata dah buka 5 cm. rasa doktor pecahkan ketuban kot? Kot la.. Ntah la sebab rasa basah sangat dan panas je.

Sakit makin kuat.. Bidan bagi sedut gas. Memang tak boleh fikir apa da time tu. doktor gelak- gelak bila tau LM suruh encik suami datang jam 10 malam. Telinga duk dengar je dorang kata jalan dah buka 6 cm.. Ops 7 cm. haa??? 7cm? Tengok jam baru pukul 7.40 malam camtu. Macam tak sempat je di ayah nak sambut baby lahir. Huhu

Nurse datang tanya nak call suami ke? Takut tak sempat katanya. LM angguk je. Dah tak larat sangat dah.

Sekelip mata nampak kelibat encik
Suami. Dengan baju melayu nya..rupanya dia solat maghrib kat wad sebab berkejar terus ke hospital ( maghrib kan masuk lewat)

Terus pas menutup mulut untuk gas tu pada suami sebab dah tak mampu nak pegang lagi. Tangan duk pegang besi tepi katil sebab menahan sakit. Sementara encik Z letakkan penutup mulut untuk sedut gas kurangkan sakit tu LM nampak bidan busy pasang benda hitam untuk letak kaki tu. zap zap
zap dorang buat kerja macam laju jek.

Bila dorang angkat kaki ke besi tu terus tanya suami berapa cm? Dah full dia kata. Hati tu tuhan saja yang tau betapa gembiranya. Yeayyy inilah masanya!

Sebenarnya dengar je dorang sebut full tapi macam tak percaya. Bila doktor kata okey.. Bila sakit teran ye. Rasa hepi sangat. Memang duk menahan nak push dari 7 cm lagi sebenarnya.

Alhamdulillah.. Dengan mata layu terpejam, lalok dek kerana sedut gas oksigen tu. tapi semangat baby yang dah tak sabar nak keluar dan perasaan teruja ummi terus berjuang keluarkan baby... Akhirnya lahir lah malaikat kecil ni dengan sangat mudah, alhamdulillah.

Terima kasih Allah atas kurniaan Mu, sungguh mudah melahirkan si kecil ini. Terima kasih encik suami, mak ayah, anak2 dan adik beradik serta semua sedara mara dan sahabat handai yang tak putus2 doakan ummi dan baby selamat.

www.tips-fb.com

5 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kita yg berdebar kt sini kak baca entry akak . alhamdulilah Allah mudahkn urusan akak. tahniah lg sekali :) jaga diri tauuuu

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

Alhamdulillah kak.. kita baca ni pulak penuh debaran rasa macam dok dalam LR.. punya feel baca entri. saya ni tak tau la kalau ada yang 2nd nanti reti ka tidak nak beranak.. yang 1st tu pun tak reti apa2.. hehehe

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Alhamdulillah dik n Tahniah....
Slmt brpantang ye.... 😀😀

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

wah.. dah bersalin LM. tahniah ya, selamat dah semuanya.. bertambah ahli keluarga, makin meriah terasa....... selamat berpantang ya....

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

tahniah ye LM..kuat betul semangat LM..rin dah tak daya dah LM..teringin tp tak daya dah sangat..syiok baca pengalaman orang bersalin jela ye..ahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...