Wednesday, March 25, 2015

Bekal Anak- Anak

Assalamualaikum..

Hari- hari buntu bila memikirkan menu apalah ummi nak sediakan untuk bekal anak- anak.

Hari ni rabu anak yang besar- besar ada ko- kurikulum makanya memang perlu bagi duit lebih dan bekalkan makanan sebab dorang pergi dari pagi sampai lewat petang baru balik.

Bila tanya si ayah dia bagi idea burger. Okey set! Maka dah pesan kat maid pagi- pagi buatkan saja burger untuk anak-anak tu. resepi... Okey dari malam ummi dah turunkan resepinya. Hahaha.. Burger perlu resepi ke? Atas nasihat diana ummi dah ajar dia cara goreng daging, cara goreng roti tu.. Nak letak mayo, letak sos sikit je..dan slice cheese.

Bangun pagi tengok dia dah mulakan operasi 'Ops Burger' ekeke..

Ummi tolong parutkan sket timun( sebab kalau parut anak2 ni makan la timun tu). Intai anak2 . Ajar bancuh milo kurang manis..

Anak- anak ni kena selang selikan. Harini smart koko, esok nestum, lusa milo.. Nanti nak horlicks.. Kalau asik benda sama jemu pula nanti.

Alhamdulillah lulus. Pandai pun bibik buat burger dan air. Anak ummi tak cerewet pun. Janji tak pedas , lebih mayonis, dia ngap je. Pagi2 dorang makan tak banyak. Kena suruh siap awal sebab anak dara berdua tu kuat berangan. Bersolek lama, takut tak sempat nak solat dan sarapan. Takut bekal tertinggal, duit lupa ambik..

Esok menu apa? Aduhhh tak dapat fikir lagi. Maybe pasta je kot. Nantilah fikir, letih juga nak fikir menu apa nak bagi anak- anak bawa ke sekolah. Walau tak cerewet tapi kalau boleh ummi takmo lah bagi bekal yang sama je. Sian dorang.

Ummi yang jemu padahal orang yang main beli je tu asik ulang mee , mihun nasik lemak je pun . Tak pulak jemu. Ye tak?

Takkan ummi nak makan burger untuk sarapan. So, ibu berpantang ni makan je lah roti bakar dengan kopi pengaga warisan. Minuman orang dalam pantang.. Sobsss

Tak sabar nak tunggu 11 april. Tak sabar nak keluar, tak sabar nak merdeka. Lalalala.

Kata- kata tuan tanah: walau tinggi mana pangkat kita, Allah hanya nilai mulianya kita dari amal ibadah kita. Wallahua'lam...
www.tips-fb.com

4 comments:

Aku Penghibur said...Reply To This Comment

sabar ye kak...tak lama lagi untuk habis pantang

Jom Vote blog acik bagi msmw

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Amboi..tak sabar2 dah nak melompat bintang ye??hehhe..tapi tu la..dalam pantang ni memang tak bebas nak melangkah walau dalam rumah..risau je..bila habis pantang siap la..sental bilik air lagi..hahahah

Kira Sakura said...Reply To This Comment

yeayyy bibik dah reti masak hihihihhi

akak mcm ni apa kata akak list kan menu yang akak dah buat dalam seminggu. jadi minggu depan list lagi menu. selang dua atau tiga minggu lepas tu akak boleh ulang balik semula menu masa minggu pertama hari tu. takde la jenuh nak fikir lagi kan ;)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Memang pening tau kalau nak fikir pasal menu ni. Bukan setakat menu untuk bento anak-anak, menu untuk keluarga pun pening dibuatnya. Balik-balik itu jugalah yang kena rotate.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...