Thursday, March 5, 2015

Bengkak Susu- Meriahnya Susu Dalam Pantang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah rezeki baby. Tu saja yang mampu dilafazkan bila susu meriah sampai nak demam dek kerana bengkak.

Ada orang dah dua tiga hari bersalin pun susu masih takda. Syukur memang setiap anak yang lahir memang meriah susu dan sejak 5-6 bulan hamil memang dah mula ada susu. Kiranya kalau tidur menangkup tu memang sesekali basah juga baju walau baby belum lahir.

Tapi.. Bila susu banyak sampai bengkak tu macam mana nak buat?



Ni sajalah cara yang mampu LM buat. Biasanya memang tekup dengan nursing pad agar baju tak basah dan pam susu tiap 2-3 jam sekali. Sekali pam dapat juga 5-6 oz.

Buat apa susu tu? LM bekukan, bila nak berurut ke.. Memang LM akan minta ayah baby berikan susu tu. So ... Dapatlah LM berurut dengan aman tanpa perlu menyusukan baby . Tak syok la kena stop- stop. Takda feel la kalau berurut dan bertungku asik kena berhenti kan..

Jangan la buang susu tu, sayang kan.... Selagi boleh suap baby selagi tu LM akan beri dia. Tak la membazir. Dan.. Takda lah susu beku sampai bengkak berdenyut dan demam. Biasanya baby LM memang jarang ada yang tidur malam. Stok susu ni lah penyelamat umat. LM akan bergilir dengan suami . Bila turn dia jaga baby susu yang dah pam ni lah nanti akan diberi pada baby.

Mana larat berjaga siang malam. Memang kena tidur kejap. Tengok semalam, akibat tak tidur sangat terus rasa nak demam hari ni. Pinggang rasa nak patah sebab asik bangun duduk salin pampers baby yang kejap- kejap berak time malam. Banyak menyusu banyak kali lah dia berak. Yes!!! Tu bagus untuk turunkan kuning dia tapi.. Sobsss letih ooo tak tidur malam.

Mujur lah encik Z cuti tiga minggu, kalau tak mau dia pitam kat tempat kerja kot. Ekeke.. Tiga minggu? Yes! Tiga minggu. Dah kuat kot lepas tiga minggu tu.. Hehe

Kesimpulannya, bagi yang susu banyak dan mula bengkak tu rajin- rajin lah pam susu tu ye. Jangan biar badan demam dan susu membeku sampai keras macam batu. Badan sendiri yang merana.

www.tips-fb.com

4 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

mujur cuti lama..3 minggu ok la awak pun dah kuat sikit.baby pun dah boleh tau time bila dia patut tidur kot..kan??

mrr said...Reply To This Comment

😊😊😊😊😊

Mummydearie said...Reply To This Comment

Nasib baik daddynya cuti 3 minggu ya. Selesailah juga masalah. By minggu ketiga mungkin LM dah kuat sikit, bolehlah jaga diri sendiri dan baby.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

memang bagus cara akak ni. dengan cara ni memang boleh rangsang susu bg byk dan byk dan lambat kering susu. tak bagus pun sebenarnya biar sampai bengkak susu. susu nk produce yang baru tersekat sebab bengkak tu. itu yg blh jadi susu kering sebenarnya kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...