Tuesday, March 10, 2015

Check Kuning Baby

Salam...

Akhirnya LM kuatkan hati juga 'bertapa' di klinik kesihatan seri kembangan demi Baby Ariz Syahim.

Hari ni hari ke-12 . Walau mata ummi tengok baby tak la sekuning minggu lepas tapi hati tetap dup dap dup dap bila mengenangkan kisah misi yang datang melawat sabtu lepas.

Al kisah... Siapa yang terlepas baca entri lepas- lepas tu..

LM check kuning rabu bacaannya 11.8

Bila check lagi jumaat bacaannya 11.5

Misi datang melawat sehari lepas tu(sabtu) terus kata tak percaya 11.5 sebab baby kuning sangat sampai abdomen. Padahal
Doktor kata takda apa- apa... Rendah je ni. Kalau 15 ke atas baru tahan wad.


Dah pakar kanak- kanak cakap takda apa- apa misi duk cebik- cebik bibir buat macam
Ummi berdosa pulak gi check kuning kat KPMC Puchong tak gi serah diri kat klinik kesihatan dah kenapa? Grrr!!! Ummi tahan sabar senyum je lah pujuk hati

Dia suruh datang isnin( semalam) tapi ummi tak gi pun sebab memang malas dicampur pula hujan lebat petang semalam.

Nak tak nak ummi gagahkan diri pergi juga petang ni walau ayah macam takmo. Memang dua jam lebih la baru siap . Dengan kena beratur depan bilik nak ambik darah tu takda kerusi. Tak cukup 15 minit ibu dalam pantang kena berdiri kendong baby emang buat ummi rasa nak rebah.

Demi baby ummi tabahkan hati juga. Walau naluri hati ummi kata baby makin sembuh tapi bila misi kata gitu ummi takut juga. Demi baby.. Ummi kena kuat.

Syukur... Bacaan hari ni 8.8. Dan... Di suruh datang lagi Jumaat nanti. Owh memang tidak la. TIDAK!

Dalam pantang ni memang la tak kuat nak bertapa kat tempat sesak camtu. Ummi yakin baby ummi makin sihat, insyaAllah.

Lagi pun.. Sepatutnya ummi berkejar ke KPMC petang ni sebab ummi turun darah banyak sangat sejak semalam. Ingat entri pasal darah beku kat rahim LM haritu?

Doktor dah pesan kalau turun darah banyak sangat( sebab darah dah start sikit dan coklat- coklat), kena terus datang dia nak masukkan antibiotik. Nak gi pagi tadi ayah nak daftar baby. Nak gi petang berbelah bagi ummi ke baby perlu rawatan? Ummi dulukan baby.

Darah banyak sangat ke? Penuh giler pad. Kejap- kejap kena tukar. Darah beku besar giler keluar. Bila darah banyak keluar paham- paham je la. badan tak bermaya, muka pucat lesi, kaki sejuk macam ais, berdiri lama pun cam nak pengsan.

Apa pun terima kasih atas doa kalian buat baby. Hanya Allah yang dapat membalas:)
www.tips-fb.com

4 comments:

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

bahaya tu LM kalau keluar darah berketul2 macam tu.. take care ye.. banyakkan rehat.. jangan stress..

semoga baby cepat sembuh.. keep bf banyak banyak.. biar yang kuning tu keluar kat berak ngan kencing dia.. insya allah..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

dah check swasta tetap kena check gov jugak ek? huuu

akak cepat pegi check ye. risau dengarnya haaa. moga takde pape dan baik2 aje la amin

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

alahai LM..kena rest bebanyak sbb tgh pantang kan?

semoga bb cepat hilang kuningnya..
semoga LM pun kuat ye

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alamak, saya baca pasal darah berketul-ketul keluar, banyak gila sampai basah pad, saya pun rasa nak pitam ni, LM. Saya bab suruh membayangkan ni memang champion. Orang melaluinya, saya ni dok bayangkan pun boleh pitam tau! Silalah jangan details sangat kalau bercerita. Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...