Friday, March 6, 2015

Check-Up Seminggu Lepas Bersalin


Assalamualaikum...

Seminggu sudah umur baby ummi. Alhamdulillah. Hari ni masuk hari ke lapan baby, kejap saja masa berlalu. Syukur:)

Seperti dah dijadualkan temujanji dengan doktor ummi dan baby pada hari ini. Untuk baby memang temujanji dengan pakar kanak- kanak nak cek ada jaundis ke tak.. Pernasan dan bla bla bla. Tapi sebab kebetulan kelmarin dah datang cek kuning so arini sampai je terus ambik darah baby dulu baru jumpa doktor.



(Baby tunggu nurse ambik nak pergi lab.)

Alhamdulillah bacaan kuning baby menurun sket daripada hari kelmarin. hari ni baru 11.5. doktor kata takda apa- apa.. nanti kalau dah dua minggu masih kuning baru cek lagi. Temujanji baby dapat jam 10.30 pagi dan ummi 11 pagi.

Lepas baby siap terus ummi pula naik atas jumpa doktor ummi. Tak perlu tunggu lama kejap je sampai giliran ummi.

Semua okey cuma banyak darah beku lagi dalam rahim. So doktor bagi antibiotik untuk ummi agar tak berlaku jangkitan kuman dan seterusnya tumpah darah. Memang banyak pun nampak tompok- tompok darah beku dalam rahim masa doktor scan tadi. Parutlah sakit sangat perut sampai ke pinggang. Kalau tak kerap bertungku memang tak boleh bangun kot ummi. Memang sakit!

Ummi kena datang lagi check up minggu depan. Syukur dapat doktor yang sangat baik , dia nak ummi betul- betul sembuh baru nak lepaskan ummi kot.. Makanya perlu datang lagi minggu depan dan masa dah sebulan nanti. Lepas tu baby check up kat klinik panel je kot tiap bulan. Cam tak rajin lak nak ke puchong... Jemu ngadap jammed kat flayover tu:(

P/s 1:doakan baby cepat sembuh ye.

2:doakan ummi cepat sembuh juga.cepat sihat dan cergas.

3:lepas ni memandangkan ayah cuti lama jaga kami dalam pantang kena mintak menu lamb chop ke..ayam golek ke, ayam grill cheese ke.. Biar ummi cepat sembuh . Ekeke( ada dua minggu lagi nak mintak ayah masak best2 , biar dia bukak buku resepi. )
www.tips-fb.com

7 comments:

Cik Ecah said...Reply To This Comment

semoga baby dan ibu cepat2 sihat...amin

Diana Rashid said...Reply To This Comment

amboih...nak makan yang western2 je tuh..ni la masa nya.kan?/hahah

Mila Hilas said...Reply To This Comment

mcm mn blh ada darah beku byk tu kak? pestime dgr ni ad mslh tu..bahaya jugak ye.

nini said...Reply To This Comment

Semoga dua2 sihat yer,,,,

dEdEQ dE wIshEs said...Reply To This Comment

MOGE CEPAT SIHAT YE UMMI N BBY ,, CUMEL JE BBY TU . HEE~ .. XSABAR NK TGGU BBY DEQ KLUAR GAK NI

Mummydearie said...Reply To This Comment

Amboi, amboi! Citarasa bukan main lagi. Masa pakai chef nilah nak minta macam-macam menu ya. Selalunya sendiri jadi chef.

Moga cepat sihat LM dan baby tak kena jaundis juga.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

moga cepat sihat akak dan baby. bezanya bersalin swasta dgn gov kan. klu gov takde scan2 tgk darah dlm rahim ni kak. setakat dorg check bawah pgg2 perot aje. nk kena simpan duit ni klu nk bersalin private hihihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...